Tuesday, December 6, 2011

Feri: Galang ganti Jambatan Labuan

Tidak mengapa, Feri masih ada...


Pembatalan projek jambatan yang menghubungkan Pulau Labuan dengan Menumbuk, Sabah bukanlah satu ultimatum akhir bagi penduduk Labuan untuk bermobiliti ke tanah besar Sabah. Sebagaimana yang diterangkan dalam bahagian blog saya yang terdahulu, terdapat pelbagai aspek yang menghalang jambatan ini dibina pada masa sekarang. Namun, kerajaan pusat tidak boleh mengambil enteng dan tidak mempedulikan langsung nasib rakyat Labuan kerana kita adalah penduduk Wilayah Persekutuan Malaysia yang diperintah secara langsung oleh Kerajaan Pusat. Pihak pemerintah tidak mahu berbuat sesuatu dengan masalah sekurun lamanya ini?


(Wilayah Persekutan Labuan kepunyaan kerajaan Pusat)

Pembatalan jambatan memang mengguris hati kebanyakkan rakyat Labuan yang inginkan satu kemudahan perjalanan yang selesa ke tanah besar Sabah, apalagi golongan opportunis, semuanya kecewa gara-gara jambatan dibatalkan. Sungguhpun demikian, kita masih mempunyai perkhidmatan Feri kenderaan, Feri penumpang dan Bot Laju (Speedboat) yang tersedia kini. Masalahnya kita perlu mencari satu pendekatan baharu bagi memastikan perkhidmatan tersedia ini masih relevan dan kompetitif untuk 40 tahun akan datang, setidak-tidaknya sebelum projek jambatan ini boleh direalisasikan kelak.

Tan Sri Muhyiuddin Yassin (TPM) semasa kunjunganya ke Labuan pada akhir November 2011 menyatakan satu kajian akan di lakukan bagi mengkaji keberkesanan sistem Feri penumpang yang menghubungkan Labuan dan Sabah. Sejauhmana emperikal kajian itu dilaksanakan saya tidak mengetahuinya, dan saya tidak bersangkutan dengan kajian sedemikian.

Masalahnya sekarang ialah permintaan yang mendesak keatas perkhidmatan Feri Kenderaan dan isu inilah yang akan saya ketengahkan. Umum tahu, kenderaan memudahkan mobiliti seseorang untuk bergerak, Feri penumpang pula ialah satu perkakas bagi mengangkut kenderaan ini diatas laut. Semenjak tahun 2003, aliran keluar masuk kenderaan dari Labuan ke Menumbuk meningkat pada kadar yang mengkagumkan iaitu sebanyak 200%. Hal ini berlaku kerana Labuan Feri Corp pada tahun 2003 telah membeli Feri Wawasan Perdana (Nama asal: Incheon) yang boleh memuatkan kapasiti kenderaan yang banyak. Itu faktanya, dan justifikasinya jika terdapat penawaran maka terdapatlah permintaan banyak untuk perkidmatan ini. Saya akan pecahkan kepada beberapa poin-poin bagaimana kita boleh mengefisienkan atau menambahbaik perkidmatan Feri ini.


(Feri Wawasan Perdana sedang berlabuh di Pelabuhan Menumbuk)

Melabur dalam Vessel fleet yang baru
Lanjutan dari penerangan saya diatas, Labuan Ferry Corp (LFC) sebolehnya menggunakan sedikit monopoli yang dimiliki oleh mereka untuk membeli Feri yang baru. Feri Wawasan perdana yang semakin using tidak dapat lagi menampung jumlah perjalanan dan penumpang yang semakin hari semakin bertambah. Sekarang ini fleet LFC hanya ada 2 buah kapal iaitu WP (Main ship) dan sebuah kapal RO-RO yang sudah usang namun di Refurbished semula iaitu Warisan Perdana (WAP). Namun kedua-dua kapal ini masih belum mencukupi bagi permintaan mengangkut kenderaan dari kedua-dua destinasi tersebut.

LFC seperlunya patut melabur untuk membeli aset feri yang efisen kerana kelak ianya juga akan mendatangkan margin keuntungan yang besar buat LFC, Spesifikasi feri yang diperlukan ialah efisien dalam penggunaan bahan bakar, menggunakan teknologi terkini dan yang paling penting fleet tersebut tidak terlalu besar bagi digunakan dalam segmen kenderaan persendirian. Ini untuk menambahkan kadar turnout time.
LFC sepatutnya mempunyai rancangan atau projected future plan untuk membeli sebuah Feri yang baru bagi menggantikan atau setidak-tidaknya digunakan sebagai backup seandainya vessel utama menghadapi kerosakkan. Masih ingatkah anda di tahun 2007 apabila feri WP di tunda kapal tugboat?

Tambahkan Frekuensi perjalanan
Penduduk Labuan yang ingin keluar dari Labuan menggunakan kenderaan sendiri bukanlah setiap hari bilangannya sentiasa tinggi. Ada masa bilangannya sedikit dan pada musim puncak pula pengguna bertambah ramai. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah LFC perlu menambahkan kekerapan julat pelayaran bagi memastikan perkhidmatan ini sentiasa tersedia bagi pelanggan, lebih-lebih lagi semasa musim puncak. Ya, ianya telahpun dilaksanakan oleh LFC apabila tiba musim perayaan atau cuti sekolah namun apa yang saya maksudkan dalam poin ini ialah, penambahan frekuensi pelayaran itu boleh dicapai menggunakan feri-feri yang kecil (contohnya seperti Feri Harapan, yang dimiliki oleh Datuk Hj Suhaili dahulu) seterusnya boleh menambahkan kadar efisien dalam perkhidmatan ini.

Bagaimana ianya boleh dijayakan? Jika Feri WP yang berkapasiti besar digunakan untuk berulang alik dari Labuan ke Menumbuk sebanyak 10 kali dalam sehari, mungkin hanya 4-5 trip sahaja yang penuh, maka ianya akan tidak menjadi efisien kepada LFC dari segi ekonomi dan kos operasinya. Tambahan pula ianya memberi bebanan yang besar buat Feri WS dan kakitangannya. Jika julat atau kekerapan tersebut dibahagikan kepada feri-feri kecil yang belayar, mungkin berkapasiti 50-100 buah kenderaan menjadikan kadar efisien perlayaran menaik. Ini adalah kerana Feri kecil menggunakan bahan bakar yang kurang berbanding feri besar, feri kecil juga amat pantas merentasi laut membolahkan masa bolak-balik pelayaran (turnout time) antara Labuan dan Menumbuk akan dapat dikurangkan kepada 50 minit sahaja, dan seharusnya LFC sedar bahawa turnout time yang pantas ini membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat ganda. LFC hanya perlu mempunyai 2 buah sahaja feri baharu ini bagi menjadikan perkhidmatan feri Labuan – Menumbuk menjadi cekap.


(hanya Wawasan Perdana sahaja yang merupakan Mothership LFC)

Pecahkan segmen
Lazimnya terdapat dua segmentasi penting dalam perkhidmatan feri ini selain daripada mengangkut penumpang iaitu segmen kenderaan penumpang dan kenderaan komersil. Kenderaan penumpang boleh dikalsifikasikan kepada Kereta sehinggalah Bas persiaran manakala kenderaan komersil ialah kenderaan yang membawa muatan perdagangan iaitu trak, lori, treler atau kenderaan yang panjang / besar. Pada masa kini, kedua-dua segmen ini digabungkan bersama lantaran LFC tidak mempunyai fleet atau vessel yang mencukupi, ianya berkaitan juga dengan memudahkan pengurusan kenderaan dan feri. Namun jika segmen ini dipecahkan, maka pengguna penumpang dan pengguna perdagangan masing-masing akan mendapat manafaatnya.

Bagaimana? Khaskan sebuah feri bagi mengangkut muatan kenderaan penumpang dan khaskan sebuah lagi bagi mengangkut kenderaan perdagangan. Umum mengetahui bahawa kenderaann komersil ini memakan ruang yang amat besar, maka ianya menimbulkan persaingan antara kenderaan penumpang dan komersil, jika berlaku pada musim perayaan tentu sahaja akibatnya bertambah buruk kerana permintaan bagi kenderaan penumpang untuk menaiki feri amat banyak berbanding kenderaan komersil. Kecekapan yang boleh dicapai oleh LFC adalah dari sistem tempahan dan sistem turnout time nya. Feri kenderaan yang mengangkut kenderaan penumpang akan mendapat turnout time yang pantas kerana kenderaan berat dan besar tidak mengikuti pelayaran. Ianya akan menguntungkan penumpang. LFC juga akan mendapat manafaat dari sistem tempahan, yakni jika kenderaan komersil banyak mengikuti pelayaran pada hari tertentu, LFC boleh menggunakan feri WP nya utuk mengangkut kesemua muatan kenderaan komersilnya. Dalam ertikata yang lain, LFC boleh mengatur perjalanan setiap ferinya melalui segmen-segmen ini dengan lebih efisien. LFC juga boleh menggunakan Feri khas untuk mengangkut kenderaan bermuatan kormesil mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam ertikata yang lain, bagi mengelak kesesakan semasa di pelabuhan, LFC boleh menjadualkan masa pelayaran untuk kenderaan komersil di waktu malam. Justeru, LFC secara harifahnya menambahkan kecekapan dan keefisienan kos operasinya keatas kedua-dua segmen yang dinyatakan. Hal ini berlaku kerana segmen kenderaan penumpang dan segmen kenderaan kormesil telah dibahagikan.


(Feri RO-RO Catamaran boleh digunakan untuk sebagai perkakas bagi segmen kenderaan penumpang)

Membina kompleks terminal baru
Semenjak perkhidmatan feri masih dijalankan oleh kerajaan Sabah pada tahun 1980 sehingga kini, bangunan terminal feri masih berada dilokasi yang sama iaitu di belakang bangunan Jabatan Laut. Memanglah memudahkan penumpang kerana terminal ini terletak dikawasan Bandar Labuan, tetapi dari aspek strategiknya, terminal Feri Kenderaan Labuan ini tidak lagi relevan untuk perancangan Bandar Labuan di masa akan datang. Kesesakkan lalu-lintas semasa proses unloading vehicle memang kesan buruk kepada laluan masuk ke Bandar. Tambahan lagi kawasan letak kereta atau Loading bay area tidak terdapat di kawasan sekitar terminal. Perbadanan Labuan atau pihak berwajib patut memperhalusi isu ini dan perlu berusaha bagi memindahkan kompleks terminal ini ke satu tempat yang lebih strategik.


(Kesesakkan yang berlaku di sepanjang jalan menghala ke bulatan bandar)

State-run ferries
Antara kesemua poin yang saya sentuh disini, poin inilah yang paling penting untuk saya bahaskan. Umum kita ketahui bahawa sebelum ini Perkhidmatan Feri kenderaan dikendalikan oleh Kerajaan Sabah melalui jabatan Laut Negeri sabah, kemudiannya perkhidmatan ini diswastakan kepada Labuan Ferry Corporation (LFC) yang dimiliki oleh Encik Peter Kong Ping Sen, LFC menjalankan perkhidmatan Feri ini dengan sebaiknya, malahan LFC juga melabur dalam membeli kapal Wawasan Perdana (sebuah Feri RO-RO) yang lebih besar dari Feri RO-RO MV Rancha-Rancha dan MV Mempakul. LFC juga menggunakan sistem tempahan berkomputer untuk melicinkan operasinya.



Namun semua penambahbaikan ini tidak dapat dibendung oleh rasa kekecewaan rakyat Labuan memaksa kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah akur mengeluarkan lesen hak pendaratan untuk syarikat lain mengambil peluang menjalankan operasi feri pada tahun 2011. Syarikat yang mendapat lesen dan hak pendaratan tersebut ialah ISRO Shipping (menjalankan perkidmatan feri penumpang), Labuan Mainland Link (Labuan) dan Juta Bonus (Sabah). Sehingga kini, Kedua-dua syarikat terbabit gagal menyediakan perkidmatan feri mereka lantaran tidak mendapat kelulusan dari kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia kerana syarikat tersebut bercadang menggunakan Landing Craft dan bukannya Roll On – Roll Off ferries. Kenapa syarikat ini mahu menggunakan Landing Craft? Sebab ianya lebih murah berbanding kapal RO-RO. Jabatan Laut pula bertegas untuk melarang daripada operator tersebut menggunakan Landing Craft kerana ianya merbahaya bagi digunakan untuk tujuan pengangkutan laut.

Perbadanan Labuan sebagai pemerintah WP Labuan perlu melihat perkara ini sebagai peluang untuk mempercekapkan dan memilik negerikan perkhidmatan feri Labuan. Memilik ngerikan perkhidmatan feri tidak seharusnya dipandang negatif kerana ianya akan menguntungkan PL, LFC dan penduduk Labuan itu sendiri. Seharusnya PL juga perlu menubuhkan satu anak syarikat yang berfungsi bagi menjalankan perkhidmatan feri antara Labuan dan Menumbuk. Kajian kes di Hawaii (2009-2011: Hawaii Superferry) membuktikan bahawa kerajaan boleh dan mempunyai kuasa dari segi legistatif serta modal untuk menjalankan perkhidmatan feri. Seharusnya dengan pembatalan projek jambatan Labuan, PL mengambil peluang ini untuk melobi kerajaan pusat bagi menyediakan dana untuk menubuhkan perkidmatan feri yang dikendalikan oleh kerajaan sendiri. Tidakkah ianya menguntungkan rakyat? Kos RM 3 Billion itu boleh dikecilkan kepada hanya berjuta sahaja untuk membeli kapal RO-RO dan menubuhkan syarikat. Market Segment sudah saya nyatakan diatas dan terpulanglah kepada PL untuk memilih segmen mana yang mereka rasa akan mendapat keuntungan.

Segala poin-poin sudah saya nyatakan. Intipatinya LFC perlu melihat poin-poin diatas sebagai satu cara untuk mempercekapkan perkhidmatan mereka. Segmen feri penumpang ini terbuka luas untuk keuntungan, sebelum projek Jambatan Labuan – Menumbuk akhirnya dapat direalisasikan.

Kredit Foto: http://mylifeintheanchorage.wordpress.com

Wednesday, October 26, 2011

Kajian Kes: Signifikan jambatan Labuan dan jambatan Pulau Pinang

Sepertimana yang diketahui, Pulau Pinang sudahpun mempunyai jambatan kedua yang akan siap seawalnya dalam tahun 2013 kelak. Sebelum ini pun Pulau Pinang telah mempunyai satu jambatan yang dibina pada tahun 1984. Bagaimana pula dengan WP Labuan yang terletak di timur Malaysia?

Dalam tahun 2007, terdapat pertimbangan dari pentadbiran kerajaan untuk membina satu jambatan menghubungkan WP Labuan ke Menumbok (Sabah) namun ianya tidak dapat direalisasikan berikutan beberapa faktor dan rasanya faktor inilah yang cuba saya kupas secara kritis dalam penulisan saya seterusnya. Melalui kapasiti saya sebagai penduduk asal WP Labuan, saya cuba menerangkan beberapa poin signifikan kenapa projek jambatan WP Labuan ini mengalami kebuntuan atau kegagalan.




Dalam menjawab faktor "mengapa" saya cuba membandingkan Pulau Labuan dan Pulau Pinang dengan beasaskan beberapa poin-poin yang akan saya terjemahkan dibawah.

Faktor sejarah dan kedudukan geografi

Pihak British sememangnya mengetahui kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan utama yang menghubungkan Barat dan Asia Tenggara. Bertitik tolak dari perjanjian Pangkor 1874 yang ditandatangani oleh Sultan Perak dan penjajah British, Sir Andrew Clarke telah menetapkan takdir Pulau Pinang diletakkan dibawah naungan British. Sebolehnya pihak British ingin memajukan Pulau Pinang yang pada ketika itu cuma sebuah tempat persinggahan kapal-kapal dagang untuk dijadikan sebuah pelabuhan yang pesat. Faktor geografi Pulau Pinang yang strategik juga merupakan pemacu bagi pembangunan Pulau Pinang semenjak tahun 1800 hingga awal kemerdekaan tanah Melayu dalam tahun 1957. Dalam ertikata yang lain, kedudukan geografi serta pengaruh British yang pernah ada di Pulau Pinang meletakkan ianya di landasan yang selesa untuk membangun.

Pulau Labuan pula merupakan naungan empayar kerajaan Brunei dibawah pemerintahan monarki sultan. Umum mengetahui, Sultan Brunei mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan British baik dari segi ekonomi dan pemerintahan. Pula Labuan pada asalnya hanya sebuah pulau persinggahan bagi kapal-kapal dagang untuk memasuki teluk Brunei. Dikatakan Pulau Labuan pada ketika itu (sebelum 1846) merupakan tempat pesembunyian lanun-lanun. Tahun 1846, British secara rasminya telah mengambil pulau Labuan sebagai koloninya. ini adalah untuk memudahkan British menentang lanun namun matlamat utamanya adalah untuk mengambil sumber asli pulau Labuan yang kaya dengan arang batu (Coal), penting bagi pihak British untuk dijadikan bahan api bagi melayarkan kapal-kapal stim mereka. Sejak itu beberapa kemajuan telah dilaksanakan oleh pihak British untuk kepentingan mereka sahaja sebagai contoh pembinaan landasan keretapi dari Coal Point ke pelabuhan hanya sepanjang 15 KM sahaja. Selepas perang dan pendudukan British Military Administration, Pulau Labuan tidak banyak membangun.

Populasi

Pulau Pinang: 1,520, 143 Juta orang
Pulau Labuan: 85, 272 Ribu orang
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)
Tentu sahaja dengan projeksi populasi ini meletakkan Pulau Pinang sebagai Pulau yang perlu dimajukan kerana ada potensi dari segi populasi disitu. Manakala di Pulau Labuan, populasi penduduk masih rendah, hal ini menjurus kepada teori ekonomi klasik yang menyatakan bahawa populasi penggerak kepada ekonomi sesebuah tempat. Semenjak tahun 2006 populasi Pulau Pinang telah berganda dari tidak sampai 1 juta orang kepada lebih sejuta orang ditahun 2010, seterusnya mengangkat taraf Pulau Pinang sebagai bandaraya.

Aktiviti ekonomi

Pulau pinang menduduki tangga keenam dalam senarai aktiviti perekonomian negara berbading Pulau Labuan yang menduduki tangga tercorot dalam senarai (Rujuk senarai dibawah)


(Sumber: Wikipedia (Pulau Pinang)

Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang merupakan pusat bagi sektor perkilangan di utara semenanjung Malaysia. Atas dasar dan polisi kerajaan yang lalu telah meletakkan Pulau Pinang sebagai pusat perkilangan dan pembuatan. Intel Corp, sebuah syarikat pembuatan cip semiconductor telah bertapak di pulau Pinang semenjak dari tahun 1970an lagi. beberapa entiti perkilangan yang besar sepeti Sony, Matsushita corp, Seagate technology dan beberapa syarikat gergasi lainnya telah membuka kilang dan beroperasi di Pulau Pinang. Bila ada permintaan di situ terdapat keperluan mendesak untuk membina jambtan dan demikianlah jambatan Pulau Pinang dibina pada tahun 1984. Kadar pembangunan pesat di Pulau pinang menjadikan keperluan untuk jambatan kedua mendesak akibat peningkatan trafik kenderaan dan mobiliti penduduk. Justeru, aktiviti ekonomi dan pelaburan yang pesat di Pulau Pinang merupakan satu faktor mutlak untuk pembinaan Jambatan pertama dan kedua tersebut.


(GDP Growth by state. Perhatikan Pulau Pinang dan WP Labuan)

Labuan sepertimana yang kita ketahui hanya bersandarkan kepada aktiviti perkhidmatan dan industri Minyak & gas. IOFC yang merupakan nadi pertumbuhan pelaburan di Pulau Labuan telah sedikit sebanyak membantu mempopularkan Pulau Labuan dimata dunia dalam tahun 1990an. Industri Minyak & gas pula adalah aktiviti perindustrian utama di Pulau ini yeng menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Labuan. Namun fungsinya hanya sekadar disitu sahaja.

Adakah Jambatan Labuan berfungsi dari sudut ekonomi?

Jawapannya sementiya YA, namun hanya didasari oleh faktor mobiliti penduduk, keperluan seseorang individu untuk bergerak bebas dari poin A ke Poin B. tidak lebih daripada itu. Buat masa ini industri yang merupakan nadi utama aktiviti ekonomi Labuan tidak melihat Jambatan Labuan sebagai salah satu alat yang penting bagi mereka. Industri Minyak & gas bergantung sepenuhnya kepada kapal-kapal (service vessel) mereka untuk beroperasi. Jika mahu dibina jambatan pun, mungkin jambatan dari Miri atau Brunei ke Labuan barulah dianggap signifikan oleh industri ini.


(Jambatan Shanghai Donghai, lebih panjang dari jambatan Pulau Pinang dan rancangan jambatan Labuan-Menumbok)

Oleh yang demikian, kerajaan melihat belum ada keperluan untuk membina Jambatan menghubungkan WP Labuan ke Sabah kerana peranan "perhubungan" tersebut masih boleh ditampung oleh perkhidmatan feri kenderaan yang dikendalikan oleh Labuan Ferry Corporation Sdn. Bhd. bagi penumpang pula, perkhidmatan Feri laju (Ekpress) Labuan ke Kota Kinabalu masih boleh menyediakan keperluan yang secukupnya untuk penduduk Labuan bermobiliti.

Dari sudut Pelaburan dan ekonomi industri mainyak dan gas tidak berkehendakkan jambatan dari Labuan ke Menumbok sebaliknya mereka menggunakan kapal-kapal mereka sendiri untuk menjalankan operasi.

Status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (duty free) mungkin akan terjejas rentetan jika jambatan dibina. hal ini adalah kerana terdapat kontra dari aspek perundangan dan polisi kerajaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan dana yang besar bagi membina kompleks pemeriksaan kastam kalau jambatan tersebut dibina.

Poin-poin diatas adalah merupakan pandangan peribadi saya sebagai sarjana muda dalam bidang sosiologi dan bukannya meliputi pandangan kerajaan dan pasukan penyelidik yang telah dilantik. Namun ianya amat ideal bagi kita untuk sama-sama memikirkan kenapa Jambatan Labuan ini tidak dapat dibina dalam masa terdekat.

Kajian kes: Kronologi Jambatan WP Labuan - Menumbok

Kronologi pertimbangan pembinaan Jambatan Labuan


WP Labuan adalah sebuah pulau yang terletak di Sabah, berdekatan dengan Brunei dan Menumbok (Sabah). Perkakas perhubungan utama ialah melalui Udara dan Laut (Feri kenderaan ke menumbok dan Feri Laju ke Kota Kinabalu)



1990-1998
WP Labuan diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan dalam tahun 1984 dan sejajar dengan statusnya itu dalam tahun 1990, Kerajaan pusat menyedari WP Labuan perlu dibangunkan menjadi sebuah pulau yang maju dan berdaya saing kelak. PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad menuntaskan idea bahawa Labuan dijadikan pusat kewangan Luar Pesisir (IOFC) sebagai alat bagi memacu kemajuan serta ekonomi pulau ini. Maka dengan bermodalkan status IOFC tersebut, infrastuktur Labuan dibangunkan termasuklah pembinaan Lapangan Terbang baru, Bangunan Ujana Kewangan dan pelbagai infrastuktur asas dibina dan dinaiktarafkan.

Pada mulanya perkembangan IOFC yang diselenggara oleh Lofsa amat memberangsangkan walaupun Pulau Labuan jauh ketinggalan dengan pusat kewangan luar pesisir lain seperti Hong-Kong, Bermuda atau Singapura. Walaupun terdapat banyak kelompangan dari segi kempen dan persepsi pelabur luar terhadap IOFC labuan, Kerajaan terus menyokong padu status pulau ini sebagai IOFC, hasilnya kerajaan menyuntik lagi dana berjuta ringgit untuk memakmurkan ekonomi Labuan. Laporan Labuan Economic Development Plan 1998-2015 menyatakan bahawa pelbagai infrastuktur perlu dinaiktaraf bagi menopang sektor ekonomi Labuan, apa yang pasti Lapangan Terbang baru perlu dibina diatas tanah yang ditambak dan keperluan untuk membina jambatan menghubungkan Labuan-Menumbok perlu dipertimbangkan. Boleh dikatakan laopran tersebut terlalu idealistik.



1998-2008
Industri Minyak dan gas menyaksikan peningkatan mendadak dalam sektor perekonomian Labuan apabila secara pantas ianya menduduki tempat pertama dalam peratusan aktiviti ekonomi Labuan iaitu sebanyak 58% (PL, 2003) berbanding dengan sektor IOFC.

Disisi lain pula, pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membina jambatan kedua menhubungkan Pulau Pinang dan Tanah besar semenanjung Malaysia. Walaupun rata-ratanya penduduk Labuan terkejut dan kurang berpuashati terhadap pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang ini, disudut yang lain mereka juga berharap Kerajaan mempunyai dana yang lebih bagi membina satu lagi jambatan di Pulau Labuan dalam Rancangan Malaysia ke-10

Dalam tahun 2007 semasa pentadbiran PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau mencadangkan bahawa satu rancangan akan dipertimbangkan bagi membina Jambatan menghubungkan WP Labuan dengan Menumbok (Sabah) ianya bagi memacu projek Hab Halal yang sedang dibangunkan di pulau ini. PM juga telah memberitahu media bahawa satu pilot research akan dijalankan oleh sekumpulan jurutera dan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (Kampus Induk KK) dengan biaya RM 5 Juta yang disumbangkan oleh kerajaan pusat.

Last year, Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique said the government had appointed Universiti Malaysia Sabah (UMS) to conduct a RM5mil feasibility study linking the southwestern Sabah settlement of Menumbok and Labuan.

The study would look into the pros and cons of a bridge with an estimated span of 17km and a price tag of at least RM550mil as stated in the Labuan Development masterplan drafted in 1997. (The Star: 4 Mac 2009)


2009-2010 (Ultimatum kegagalan jambatan Labuan)
hari-hari terakhir pentadbiran PM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan secara jelas harapan bahawa jambatan Labuan akan direalisasikan kelak, walaupun kerajaan telah bersetuju bagi membina jambatan kedua Pulau Pinang. Media Massa pula ditahun 2009 memang menjadikan isu pembinaan jambatan ini sebagai akan berlaku dan tiada masalah, jika dilihat daripada laporan media semuanya menjurus kepada lampu hijau.



Tahun 2010 merupakan titik tolak kepada ultimatum pemberhentian projek jambatan Labuan. Selepas sahaja sambutan hari Wilayah pada 1 Febuari 2010 Kepemimpinan tertinggi kerajaan ketika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok tersebut tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat, infrastuktur sedia ada cukup bagi menampung kapasiti permintaan dan buat masa ini belum ada keperluan mendesak untuk membina jambatan.

Oleh yang demikian, Projek jambatan Labuan-Menumbuk secara rasminya telah dimatikan atau ditutup pada tahun 2010.