Sepertimana yang diketahui, Pulau Pinang sudahpun mempunyai jambatan kedua yang akan siap seawalnya dalam tahun 2013 kelak. Sebelum ini pun Pulau Pinang telah mempunyai satu jambatan yang dibina pada tahun 1984. Bagaimana pula dengan WP Labuan yang terletak di timur Malaysia?
Dalam tahun 2007, terdapat pertimbangan dari pentadbiran kerajaan untuk membina satu jambatan menghubungkan WP Labuan ke Menumbok (Sabah) namun ianya tidak dapat direalisasikan berikutan beberapa faktor dan rasanya faktor inilah yang cuba saya kupas secara kritis dalam penulisan saya seterusnya. Melalui kapasiti saya sebagai penduduk asal WP Labuan, saya cuba menerangkan beberapa poin signifikan kenapa projek jambatan WP Labuan ini mengalami kebuntuan atau kegagalan.
Dalam menjawab faktor "mengapa" saya cuba membandingkan Pulau Labuan dan Pulau Pinang dengan beasaskan beberapa poin-poin yang akan saya terjemahkan dibawah.
Faktor sejarah dan kedudukan geografi
Pihak British sememangnya mengetahui kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan utama yang menghubungkan Barat dan Asia Tenggara. Bertitik tolak dari perjanjian Pangkor 1874 yang ditandatangani oleh Sultan Perak dan penjajah British, Sir Andrew Clarke telah menetapkan takdir Pulau Pinang diletakkan dibawah naungan British. Sebolehnya pihak British ingin memajukan Pulau Pinang yang pada ketika itu cuma sebuah tempat persinggahan kapal-kapal dagang untuk dijadikan sebuah pelabuhan yang pesat. Faktor geografi Pulau Pinang yang strategik juga merupakan pemacu bagi pembangunan Pulau Pinang semenjak tahun 1800 hingga awal kemerdekaan tanah Melayu dalam tahun 1957. Dalam ertikata yang lain, kedudukan geografi serta pengaruh British yang pernah ada di Pulau Pinang meletakkan ianya di landasan yang selesa untuk membangun.
Pulau Labuan pula merupakan naungan empayar kerajaan Brunei dibawah pemerintahan monarki sultan. Umum mengetahui, Sultan Brunei mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan British baik dari segi ekonomi dan pemerintahan. Pula Labuan pada asalnya hanya sebuah pulau persinggahan bagi kapal-kapal dagang untuk memasuki teluk Brunei. Dikatakan Pulau Labuan pada ketika itu (sebelum 1846) merupakan tempat pesembunyian lanun-lanun. Tahun 1846, British secara rasminya telah mengambil pulau Labuan sebagai koloninya. ini adalah untuk memudahkan British menentang lanun namun matlamat utamanya adalah untuk mengambil sumber asli pulau Labuan yang kaya dengan arang batu (Coal), penting bagi pihak British untuk dijadikan bahan api bagi melayarkan kapal-kapal stim mereka. Sejak itu beberapa kemajuan telah dilaksanakan oleh pihak British untuk kepentingan mereka sahaja sebagai contoh pembinaan landasan keretapi dari Coal Point ke pelabuhan hanya sepanjang 15 KM sahaja. Selepas perang dan pendudukan British Military Administration, Pulau Labuan tidak banyak membangun.
Populasi
Pulau Pinang: 1,520, 143 Juta orang
Pulau Labuan: 85, 272 Ribu orang
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)
Tentu sahaja dengan projeksi populasi ini meletakkan Pulau Pinang sebagai Pulau yang perlu dimajukan kerana ada potensi dari segi populasi disitu. Manakala di Pulau Labuan, populasi penduduk masih rendah, hal ini menjurus kepada teori ekonomi klasik yang menyatakan bahawa populasi penggerak kepada ekonomi sesebuah tempat. Semenjak tahun 2006 populasi Pulau Pinang telah berganda dari tidak sampai 1 juta orang kepada lebih sejuta orang ditahun 2010, seterusnya mengangkat taraf Pulau Pinang sebagai bandaraya.
Aktiviti ekonomi
Pulau pinang menduduki tangga keenam dalam senarai aktiviti perekonomian negara berbading Pulau Labuan yang menduduki tangga tercorot dalam senarai (Rujuk senarai dibawah)
(Sumber: Wikipedia (Pulau Pinang)
Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang merupakan pusat bagi sektor perkilangan di utara semenanjung Malaysia. Atas dasar dan polisi kerajaan yang lalu telah meletakkan Pulau Pinang sebagai pusat perkilangan dan pembuatan. Intel Corp, sebuah syarikat pembuatan cip semiconductor telah bertapak di pulau Pinang semenjak dari tahun 1970an lagi. beberapa entiti perkilangan yang besar sepeti Sony, Matsushita corp, Seagate technology dan beberapa syarikat gergasi lainnya telah membuka kilang dan beroperasi di Pulau Pinang. Bila ada permintaan di situ terdapat keperluan mendesak untuk membina jambtan dan demikianlah jambatan Pulau Pinang dibina pada tahun 1984. Kadar pembangunan pesat di Pulau pinang menjadikan keperluan untuk jambatan kedua mendesak akibat peningkatan trafik kenderaan dan mobiliti penduduk. Justeru, aktiviti ekonomi dan pelaburan yang pesat di Pulau Pinang merupakan satu faktor mutlak untuk pembinaan Jambatan pertama dan kedua tersebut.
(GDP Growth by state. Perhatikan Pulau Pinang dan WP Labuan)
Labuan sepertimana yang kita ketahui hanya bersandarkan kepada aktiviti perkhidmatan dan industri Minyak & gas. IOFC yang merupakan nadi pertumbuhan pelaburan di Pulau Labuan telah sedikit sebanyak membantu mempopularkan Pulau Labuan dimata dunia dalam tahun 1990an. Industri Minyak & gas pula adalah aktiviti perindustrian utama di Pulau ini yeng menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Labuan. Namun fungsinya hanya sekadar disitu sahaja.
Adakah Jambatan Labuan berfungsi dari sudut ekonomi?
Jawapannya sementiya YA, namun hanya didasari oleh faktor mobiliti penduduk, keperluan seseorang individu untuk bergerak bebas dari poin A ke Poin B. tidak lebih daripada itu. Buat masa ini industri yang merupakan nadi utama aktiviti ekonomi Labuan tidak melihat Jambatan Labuan sebagai salah satu alat yang penting bagi mereka. Industri Minyak & gas bergantung sepenuhnya kepada kapal-kapal (service vessel) mereka untuk beroperasi. Jika mahu dibina jambatan pun, mungkin jambatan dari Miri atau Brunei ke Labuan barulah dianggap signifikan oleh industri ini.
(Jambatan Shanghai Donghai, lebih panjang dari jambatan Pulau Pinang dan rancangan jambatan Labuan-Menumbok)
Oleh yang demikian, kerajaan melihat belum ada keperluan untuk membina Jambatan menghubungkan WP Labuan ke Sabah kerana peranan "perhubungan" tersebut masih boleh ditampung oleh perkhidmatan feri kenderaan yang dikendalikan oleh Labuan Ferry Corporation Sdn. Bhd. bagi penumpang pula, perkhidmatan Feri laju (Ekpress) Labuan ke Kota Kinabalu masih boleh menyediakan keperluan yang secukupnya untuk penduduk Labuan bermobiliti.
Dari sudut Pelaburan dan ekonomi industri mainyak dan gas tidak berkehendakkan jambatan dari Labuan ke Menumbok sebaliknya mereka menggunakan kapal-kapal mereka sendiri untuk menjalankan operasi.
Status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (duty free) mungkin akan terjejas rentetan jika jambatan dibina. hal ini adalah kerana terdapat kontra dari aspek perundangan dan polisi kerajaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan dana yang besar bagi membina kompleks pemeriksaan kastam kalau jambatan tersebut dibina.
Poin-poin diatas adalah merupakan pandangan peribadi saya sebagai sarjana muda dalam bidang sosiologi dan bukannya meliputi pandangan kerajaan dan pasukan penyelidik yang telah dilantik. Namun ianya amat ideal bagi kita untuk sama-sama memikirkan kenapa Jambatan Labuan ini tidak dapat dibina dalam masa terdekat.
Wednesday, October 26, 2011
Kajian kes: Kronologi Jambatan WP Labuan - Menumbok
Kronologi pertimbangan pembinaan Jambatan Labuan
WP Labuan adalah sebuah pulau yang terletak di Sabah, berdekatan dengan Brunei dan Menumbok (Sabah). Perkakas perhubungan utama ialah melalui Udara dan Laut (Feri kenderaan ke menumbok dan Feri Laju ke Kota Kinabalu)
1990-1998
WP Labuan diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan dalam tahun 1984 dan sejajar dengan statusnya itu dalam tahun 1990, Kerajaan pusat menyedari WP Labuan perlu dibangunkan menjadi sebuah pulau yang maju dan berdaya saing kelak. PM ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad menuntaskan idea bahawa Labuan dijadikan pusat kewangan Luar Pesisir (IOFC) sebagai alat bagi memacu kemajuan serta ekonomi pulau ini. Maka dengan bermodalkan status IOFC tersebut, infrastuktur Labuan dibangunkan termasuklah pembinaan Lapangan Terbang baru, Bangunan Ujana Kewangan dan pelbagai infrastuktur asas dibina dan dinaiktarafkan.
Pada mulanya perkembangan IOFC yang diselenggara oleh Lofsa amat memberangsangkan walaupun Pulau Labuan jauh ketinggalan dengan pusat kewangan luar pesisir lain seperti Hong-Kong, Bermuda atau Singapura. Walaupun terdapat banyak kelompangan dari segi kempen dan persepsi pelabur luar terhadap IOFC labuan, Kerajaan terus menyokong padu status pulau ini sebagai IOFC, hasilnya kerajaan menyuntik lagi dana berjuta ringgit untuk memakmurkan ekonomi Labuan. Laporan Labuan Economic Development Plan 1998-2015 menyatakan bahawa pelbagai infrastuktur perlu dinaiktaraf bagi menopang sektor ekonomi Labuan, apa yang pasti Lapangan Terbang baru perlu dibina diatas tanah yang ditambak dan keperluan untuk membina jambatan menghubungkan Labuan-Menumbok perlu dipertimbangkan. Boleh dikatakan laopran tersebut terlalu idealistik.
1998-2008
Industri Minyak dan gas menyaksikan peningkatan mendadak dalam sektor perekonomian Labuan apabila secara pantas ianya menduduki tempat pertama dalam peratusan aktiviti ekonomi Labuan iaitu sebanyak 58% (PL, 2003) berbanding dengan sektor IOFC.
Disisi lain pula, pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membina jambatan kedua menhubungkan Pulau Pinang dan Tanah besar semenanjung Malaysia. Walaupun rata-ratanya penduduk Labuan terkejut dan kurang berpuashati terhadap pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang ini, disudut yang lain mereka juga berharap Kerajaan mempunyai dana yang lebih bagi membina satu lagi jambatan di Pulau Labuan dalam Rancangan Malaysia ke-10
Dalam tahun 2007 semasa pentadbiran PM Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau mencadangkan bahawa satu rancangan akan dipertimbangkan bagi membina Jambatan menghubungkan WP Labuan dengan Menumbok (Sabah) ianya bagi memacu projek Hab Halal yang sedang dibangunkan di pulau ini. PM juga telah memberitahu media bahawa satu pilot research akan dijalankan oleh sekumpulan jurutera dan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (Kampus Induk KK) dengan biaya RM 5 Juta yang disumbangkan oleh kerajaan pusat.
2009-2010 (Ultimatum kegagalan jambatan Labuan)
hari-hari terakhir pentadbiran PM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan secara jelas harapan bahawa jambatan Labuan akan direalisasikan kelak, walaupun kerajaan telah bersetuju bagi membina jambatan kedua Pulau Pinang. Media Massa pula ditahun 2009 memang menjadikan isu pembinaan jambatan ini sebagai akan berlaku dan tiada masalah, jika dilihat daripada laporan media semuanya menjurus kepada lampu hijau.
Tahun 2010 merupakan titik tolak kepada ultimatum pemberhentian projek jambatan Labuan. Selepas sahaja sambutan hari Wilayah pada 1 Febuari 2010 Kepemimpinan tertinggi kerajaan ketika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok tersebut tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat, infrastuktur sedia ada cukup bagi menampung kapasiti permintaan dan buat masa ini belum ada keperluan mendesak untuk membina jambatan.
Oleh yang demikian, Projek jambatan Labuan-Menumbuk secara rasminya telah dimatikan atau ditutup pada tahun 2010.

Last year, Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique said the government had appointed Universiti Malaysia Sabah (UMS) to conduct a RM5mil feasibility study linking the southwestern Sabah settlement of Menumbok and Labuan.
The study would look into the pros and cons of a bridge with an estimated span of 17km and a price tag of at least RM550mil as stated in the Labuan Development masterplan drafted in 1997. (The Star: 4 Mac 2009)
2009-2010 (Ultimatum kegagalan jambatan Labuan)
hari-hari terakhir pentadbiran PM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memberikan secara jelas harapan bahawa jambatan Labuan akan direalisasikan kelak, walaupun kerajaan telah bersetuju bagi membina jambatan kedua Pulau Pinang. Media Massa pula ditahun 2009 memang menjadikan isu pembinaan jambatan ini sebagai akan berlaku dan tiada masalah, jika dilihat daripada laporan media semuanya menjurus kepada lampu hijau.
Tahun 2010 merupakan titik tolak kepada ultimatum pemberhentian projek jambatan Labuan. Selepas sahaja sambutan hari Wilayah pada 1 Febuari 2010 Kepemimpinan tertinggi kerajaan ketika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok tersebut tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat, infrastuktur sedia ada cukup bagi menampung kapasiti permintaan dan buat masa ini belum ada keperluan mendesak untuk membina jambatan.
Oleh yang demikian, Projek jambatan Labuan-Menumbuk secara rasminya telah dimatikan atau ditutup pada tahun 2010.
Labels:
IOFC,
Jambatan Labuan,
Kronologi,
Labuan Tourism,
Menumbok,
Pelancongan,
Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)