Tuesday, May 22, 2012

Debat PTPTN Khairy VS Rafizi. Torehan penyelesaian?

Saya terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai dengan rancangan debat yang berlangsung semalam (22/05/2012) antara Pengarah Strategi PKR, Encik Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno YB Khairy Jamaluddin. Kedua-dua pendebat tersebut amat konsisten dan berkredibiliti dalam menyampaikan fakta dan hujahan masing-masing. Ternyata YB Khairy telah mempesonakan saya dengan hujan konsisten dan matap beliau mengenai dengan penyusunan fakta-fakta angka yang tentu sahaja boleh merobohkan hujahan lawan dari pihak Rafizi Ramli yang hanya secara konsisten menegakkan Pnedidikan percuma, kebolehupayaan kerajaan negeri dan yang paling penting sekali Petronas. He...he...he...
Ayat simbolik Rafizi ialah "Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih"
Saya bukan nak rumuskan perdebatan mereka semalam namun artikel ini ditulis sebagai reaksi peribadi saya terhadap perjuangan pendiidikan percuma yang disorakkan olen Pakatan Rakyat. Sebab apa? saya juga merupakan antara ribuan peminjam PTPTN yang masih membayar hutang tertunggak kepada perbadanan tersebut. Baiklah, saya cuma memecahkan beberapa isu yang menjadi persoalan saya berikutan dengan debat PTPTN Khairy VS Rafizi ini. Pendidikan Percuma untuk semua? Apakah Kerajaan Barisan Nasional sekarang tidak menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat? apakah pendidikan diperingkat rendah dan menengah tersebut bukannya pendidikan? adakah yuran yang ditanggung oleh keluarga hanya untuk menyekolahkan anak-anak mereka mencecah ratusan ringgit sebulan? hal ini anda perlu ambil fakta dan situasinya. Pinjaman buku teks diberikan secara percuma kepada pelajar yang tak berkemampuan. Sedaya upaya kerajaan cuba mengurangkan bebanan perbelanjaan persekolahan keluarga melalui dengan bantuan sedemikian. Buku tulis dan peralatan stationery memanglah ditampung oleh keluarga namun berapa besar sangatlah perbelanjaan tersebut, kini kerajaan bagi lagi RM 200 untuk seorang murid untuk mengurangkan beban bagi membeli kelengkapan persekolahan mereka. Apakah tidak ada "Percuma" itu?
Ya, itu hanya untuk sekolah Rendah dan Menengah. Bagi pembiayaan tertiary pula kos yang ditampung oleh mahasiswa untuk memasuki ke IPTA/IPTS mula menampakkan kenaikkan yang signifikan. Memang begitulah halnya kan? semakin tinggi kita belajar semakinlah banyak tanggungjawab dan bebanan yang perlu kita tempuhi. Kata seorang pensyarah saya semasa di UMS dahulu, you must need something to gain something. Soalnya pendidikan sehingga ke Menengah itu diberikan secara percuma bagi menyemarakkan semangat "setiap manusia berhak mendapat pendidikan yang sempurna" namun apabila kita sampai ke pendidikan atasan iaitu IPTA/IPTS segalanya perlu dibayar dan ditanggung oleh kita sendiri kerana cita-cita dan ilmu mendalam yang dikejar itu perlu ada imbalan dan pelaburannya iaitu WANG. Itu kos wang, cuba kita perhalusi kos sosial seterusnya kos sosiologinya, apabila pendidikan peringkat tinggi secara percuma diberikan kepada rakyat massa, kemasukkan akan menjadi mudah, akses kepada pendidikan akan menjadi senang, semuanya akan menjadi cerdik pandai kelak. Ya itu keterangan dari serorang yang logikal la kan? klau praktikalnya? bila semua sudah menjadi senang-lenang maka semua perkara pun akan diambil secara senang lenang oleh pelajar la kan? kiranya hanya mengambil enteng sahaja. "Pendidikan tinggi sudah jadi percuma oleh itu buat apa saya nak belajar bersungguh-sungguh lagi, tinggi atau rendah PNGK saya tetap juga dapat ijazah, tetap juga bergelar mahasiswa" kan? he...he...he... Unjuran dari kenyataan diatas tersebut, impak hasil dari pengenalan pendidikan percuma itu akan mewujudkan senario lambakkan graduan yang sungguh banyak sekali kerana semua akses kepada pendidikan tersebut suda tak terhalang lagi. Cuba bayangkan situasi ini, "jika 1000 orang layak untuk memasuki temuduga, proses saringan awal tak dijalankan kerana 1000 orang tersebut mempunyai ijazah, oleh itu penemuduga mempunyai tugas yang maha besar sekali untuk menemuduga 1000 orang tersebut". Saya beranggapan bahawa sesampainya kita ke peringkat pengajian tinggi, kualiti perlu diambil kira daripada kuantiti. Ya, setiap manusia perlu mendapatkan pendidikan percuma tetapi bagaimana pendidikan percuma itu perlu dilaksanakan dengan mengimbangi kesan dampak faktor sosial, ekonomi dan politik. Adakah Malaysia bersedia untuk memberikan pendidikan percuma sehingga ke Universiti kepada rakyat dikala kita masih lagi terkial-kial untuk menggerakkan aktiviti ekonomi dan pembangunan negara. Ingat, kita masih lagi negara sedang membangun dan bukannya negara maju seperti kelompok negara Scandinavia, USA ataupun United Kingdom (UK sehingga kini pun tidak memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya). Oleh itu kita perlu menggembling tenaga bekerja keras untuk negara bagi meningkatkan ekonomi dan sesudah itu barulah kita pertimbangkan lagi cadangan tersebut.
"Pendidikan tinggi adalah sesuatu yang perlu kita kejar, bukannya disuapkan semata" Konlusi dan harapan. Sebagai salah seorang peminjam PTPTN saya ingin merayu kepada pihak PTPTN supaya menghapuskan kos pentadbiran sedia ada ataupu jikalau boleh gantikan dengan mekanisme model yang lebih baik supaya kami turut sama mendapat manafaatnya.Saya maksudkan imbangan antara hutang dan interest (bunga) tersebut perlu berada didalam kadar saksama bagi menguntungkan kedua belah pihak PTPTN dan peminjam. Saya faham masih ramai lagi peminjam PTPTN yang belum mendapat pekerjaan atau hanya mendapat kerja yang cukup makan sahaja. PTPTN juga mencari mekanisme penyelesaian yang tuntas berkenaan dengan cara bayaran balik pinjaman, bagi yang membayar melalui bank, adakalanya kami dikenakan komisyen sehingga RM2.00 per transaksi. PTPTN harus mencari perkakasan yang jitu setidak-tidaknya untuk mengurangkan bebanan komisyen yang perlu dibayar oleh peminjam seperti kami. "Mansuh PTPTN?" IDEALISME "Penambahbaikan PTPTN?" PRAKTIKALISME

No comments:

Post a Comment