Susulan penghinaan terhadap tarian Sumazau.
Baiklah,
berani buat beranilah menanggung, janganlah guntalou kau disana. Terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata tiada gear reverse, nah kotoh nogi!.
Seorang penulis blog Pakatan Rakyat telah
menzahirkan kebenciannya terhadap Perdana Menteri Dato, Seri Najib bin Tun Haji
Abdul Razak dengan entri blognya mengatakan tarian Sumazau itu untuk golongan
rendah akhlak, hanya kerana beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia menarikan
tarian Sumazau milik masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah.
Isunya disini, apakah dengan menarikan
tarian Sumazau di iringi oleh lagu “Anak Kampung” yang dipopularkan oleh Jimmy
Palikat akan menyebabkan keruntuhan akhlak yang amat dashyat kepada PM kita? Melalui
pemahaman logikal, tarian Sumazau itu ditarikan untuk merendahkan akhlak
seseorang? Ini merupakan satu penghinaan yang amat besar buat orang Sabahan,
satu penghinaan mutlak!
Rata-ratanya masyarakat Sabahan tidak
kiralah dari orang Dusunic, Paitanic, Murutic bahkan Malayic pernah menarikan
tarian sumazau ini semasa majlis ‘karamaian” tadau kaamatan atau di dalam
majlis perkahwinan. Apa salahnya disitu? Tarian ini adalah tarian wajib di
kampung-kampung serata negeri Sabah semasa “karamaian”. Apa kaitannya dengan
agama?
Memang, ya penulis blog tersebut mudah
membuat damage control dengan menerbitkan artikel keduanya yang menyentuh
tarian Sumazau ini berasal dari tarian pemujaan dalam ritual Magavau iaitu
pemujaan semangat padi. Okaylah point anda diterima. Tetapi dalam konteks, saya
ulang sekali lagi DALAM KONTEKS Perdana Menteri kita menarikan tarian tersebut
dengan di iringi lagu Anak Kampung, adakah ianya berbaur ritual Magavau? Untuk
tahu, ritual Magavau perlu dijalankan oleh seorang Bobolian (pawang) yang
berfungsi sebagai medium antara manusia dan Odu-Odu (semangat padi), dalam
ritual tersebut bobolian akan membaca verse-verse mantera di iringi oleh paluan
gong beserta beberapa instrumen-instrumen ritual. Itu barulah disebut ritual
Magavau.
Seiring dengan peredaran zaman. Tarian
Sumazau sudah di lihat sebagai emblem atau simbol kebudayaan bagi masyarakat
Kadazandusun dimana ianya mula ditarikan untuk menunjukkan identiti budaya
khususnya masyarakat tersebut dan amnya negeri Sabah. Oleh itu, PM kita
menarikan tarian Sumazau ini semasa Hari Raya ini perlu dilihat dari konteksnya
iaitu semata-mata hanya untuk pleasure, kegembiraan. Apa penulis blog itu tidak
mahu kebudayaan dari Sabah diketengahkan?
Apakah dengan mengambil gambar foto
beramai-ramai semasa Hari Lebaran akan menyebabkan seseorang itu melanggar hukum
agama kerana tindakan mengambil foto tersebut merupakan satu gesture budaya
popular?
Tuntasnya, Konteks sesuatu tindakan itu
perlu diambilkira semasa membuat pertimbangan fikiran. Tindakan Perdana Menteri
kita menarikan tarian tersebut hanya didasari dalam konteks fungsi sosialnya
adalah untuk bersuka ria, dan dalam konteks tarian Sumazau ini ditarikan adalah
untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu. Fahamilah konteksnya dahulu Gaman.
Tambahan lagi dengan menarikan tarian
Sumazau tersebut, Perdana Menteri setidak-tidaknya menghormati dan memahami
kebudayaan serta kesenian orang Sabahan yakni kebudayaan masyarakat
Kadazandusun.
Damage
has been done
dan damage controlnya pula totally mess up. Penulis tersebut
berniat jahat untuk memperlekehkan kebudayaan kadazandusun dan Sabahan amnya. Saya
petik kenyataan penulis
“Majoriti
rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa berminat dengan tarian
yang berasal daripada upacara pemujaan semangat padi ini, soal rakyat sabah
sukakanya ITU MASALAH MEREKA!”
Kami di Sabah memang tidak ada masalah
dengan tarian Sumazau tersebut jadi apa tujuannya penulis berkata sedemikan?
Bagi anda Sabahan, analisa dan nilaikanlah
sendiri dari segenap sudut pandang. Terima kasih kepada Saudari Kalsia Matrin (Pelajar
Sarjana Ansos, Universiti Malaysia sabah) dan Professor Madya Jacqueline
Pugh-Kitingan (Kadazandusun Chair, Universiti Malaysia Sabah).