Thursday, September 13, 2012

Penghinaan terhadap tarian Sumazau


Susulan penghinaan terhadap tarian Sumazau.

Baiklah, berani buat beranilah menanggung, janganlah guntalou kau disana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tiada gear reverse, nah kotoh nogi!.

Seorang penulis blog Pakatan Rakyat telah menzahirkan kebenciannya terhadap Perdana Menteri Dato, Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan entri blognya mengatakan tarian Sumazau itu untuk golongan rendah akhlak, hanya kerana beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia menarikan tarian Sumazau milik masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah.

Isunya disini, apakah dengan menarikan tarian Sumazau di iringi oleh lagu “Anak Kampung” yang dipopularkan oleh Jimmy Palikat akan menyebabkan keruntuhan akhlak yang amat dashyat kepada PM kita? Melalui pemahaman logikal, tarian Sumazau itu ditarikan untuk merendahkan akhlak seseorang? Ini merupakan satu penghinaan yang amat besar buat orang Sabahan, satu penghinaan mutlak!

Rata-ratanya masyarakat Sabahan tidak kiralah dari orang Dusunic, Paitanic, Murutic bahkan Malayic pernah menarikan tarian sumazau ini semasa majlis ‘karamaian” tadau kaamatan atau di dalam majlis perkahwinan. Apa salahnya disitu? Tarian ini adalah tarian wajib di kampung-kampung serata negeri Sabah semasa “karamaian”. Apa kaitannya dengan agama?

Memang, ya penulis blog tersebut mudah membuat damage control dengan menerbitkan artikel keduanya yang menyentuh tarian Sumazau ini berasal dari tarian pemujaan dalam ritual Magavau iaitu pemujaan semangat padi. Okaylah point anda diterima. Tetapi dalam konteks, saya ulang sekali lagi DALAM KONTEKS Perdana Menteri kita menarikan tarian tersebut dengan di iringi lagu Anak Kampung, adakah ianya berbaur ritual Magavau? Untuk tahu, ritual Magavau perlu dijalankan oleh seorang Bobolian (pawang) yang berfungsi sebagai medium antara manusia dan Odu-Odu (semangat padi), dalam ritual tersebut bobolian akan membaca verse-verse mantera di iringi oleh paluan gong beserta beberapa instrumen-instrumen ritual. Itu barulah disebut ritual Magavau.

Seiring dengan peredaran zaman. Tarian Sumazau sudah di lihat sebagai emblem atau simbol kebudayaan bagi masyarakat Kadazandusun dimana ianya mula ditarikan untuk menunjukkan identiti budaya khususnya masyarakat tersebut dan amnya negeri Sabah. Oleh itu, PM kita menarikan tarian Sumazau ini semasa Hari Raya ini perlu dilihat dari konteksnya iaitu semata-mata hanya untuk pleasure, kegembiraan. Apa penulis blog itu tidak mahu kebudayaan dari Sabah diketengahkan?

Apakah dengan mengambil gambar foto beramai-ramai semasa Hari Lebaran akan menyebabkan seseorang itu melanggar hukum agama kerana tindakan mengambil foto tersebut merupakan satu gesture budaya popular?
Tuntasnya, Konteks sesuatu tindakan itu perlu diambilkira semasa membuat pertimbangan fikiran. Tindakan Perdana Menteri kita menarikan tarian tersebut hanya didasari dalam konteks fungsi sosialnya adalah untuk bersuka ria, dan dalam konteks tarian Sumazau ini ditarikan adalah untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu. Fahamilah konteksnya dahulu Gaman.

Tambahan lagi dengan menarikan tarian Sumazau tersebut, Perdana Menteri setidak-tidaknya menghormati dan memahami kebudayaan serta kesenian orang Sabahan yakni kebudayaan masyarakat Kadazandusun.

Damage has been done dan damage controlnya pula totally mess up. Penulis tersebut berniat jahat untuk memperlekehkan kebudayaan kadazandusun dan Sabahan amnya. Saya petik kenyataan penulis

“Majoriti rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa berminat dengan tarian yang berasal daripada upacara pemujaan semangat padi ini, soal rakyat sabah sukakanya ITU MASALAH MEREKA!”

Kami di Sabah memang tidak ada masalah dengan tarian Sumazau tersebut jadi apa tujuannya penulis berkata sedemikan?

Bagi anda Sabahan, analisa dan nilaikanlah sendiri dari segenap sudut pandang. Terima kasih kepada Saudari Kalsia Matrin (Pelajar Sarjana Ansos, Universiti Malaysia sabah) dan Professor Madya Jacqueline Pugh-Kitingan (Kadazandusun Chair, Universiti Malaysia Sabah). 

No comments:

Post a Comment