Thursday, September 13, 2012

Penghinaan terhadap tarian Sumazau


Susulan penghinaan terhadap tarian Sumazau.

Baiklah, berani buat beranilah menanggung, janganlah guntalou kau disana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tiada gear reverse, nah kotoh nogi!.

Seorang penulis blog Pakatan Rakyat telah menzahirkan kebenciannya terhadap Perdana Menteri Dato, Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan entri blognya mengatakan tarian Sumazau itu untuk golongan rendah akhlak, hanya kerana beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia menarikan tarian Sumazau milik masyarakat Kadazandusun di negeri Sabah.

Isunya disini, apakah dengan menarikan tarian Sumazau di iringi oleh lagu “Anak Kampung” yang dipopularkan oleh Jimmy Palikat akan menyebabkan keruntuhan akhlak yang amat dashyat kepada PM kita? Melalui pemahaman logikal, tarian Sumazau itu ditarikan untuk merendahkan akhlak seseorang? Ini merupakan satu penghinaan yang amat besar buat orang Sabahan, satu penghinaan mutlak!

Rata-ratanya masyarakat Sabahan tidak kiralah dari orang Dusunic, Paitanic, Murutic bahkan Malayic pernah menarikan tarian sumazau ini semasa majlis ‘karamaian” tadau kaamatan atau di dalam majlis perkahwinan. Apa salahnya disitu? Tarian ini adalah tarian wajib di kampung-kampung serata negeri Sabah semasa “karamaian”. Apa kaitannya dengan agama?

Memang, ya penulis blog tersebut mudah membuat damage control dengan menerbitkan artikel keduanya yang menyentuh tarian Sumazau ini berasal dari tarian pemujaan dalam ritual Magavau iaitu pemujaan semangat padi. Okaylah point anda diterima. Tetapi dalam konteks, saya ulang sekali lagi DALAM KONTEKS Perdana Menteri kita menarikan tarian tersebut dengan di iringi lagu Anak Kampung, adakah ianya berbaur ritual Magavau? Untuk tahu, ritual Magavau perlu dijalankan oleh seorang Bobolian (pawang) yang berfungsi sebagai medium antara manusia dan Odu-Odu (semangat padi), dalam ritual tersebut bobolian akan membaca verse-verse mantera di iringi oleh paluan gong beserta beberapa instrumen-instrumen ritual. Itu barulah disebut ritual Magavau.

Seiring dengan peredaran zaman. Tarian Sumazau sudah di lihat sebagai emblem atau simbol kebudayaan bagi masyarakat Kadazandusun dimana ianya mula ditarikan untuk menunjukkan identiti budaya khususnya masyarakat tersebut dan amnya negeri Sabah. Oleh itu, PM kita menarikan tarian Sumazau ini semasa Hari Raya ini perlu dilihat dari konteksnya iaitu semata-mata hanya untuk pleasure, kegembiraan. Apa penulis blog itu tidak mahu kebudayaan dari Sabah diketengahkan?

Apakah dengan mengambil gambar foto beramai-ramai semasa Hari Lebaran akan menyebabkan seseorang itu melanggar hukum agama kerana tindakan mengambil foto tersebut merupakan satu gesture budaya popular?
Tuntasnya, Konteks sesuatu tindakan itu perlu diambilkira semasa membuat pertimbangan fikiran. Tindakan Perdana Menteri kita menarikan tarian tersebut hanya didasari dalam konteks fungsi sosialnya adalah untuk bersuka ria, dan dalam konteks tarian Sumazau ini ditarikan adalah untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu. Fahamilah konteksnya dahulu Gaman.

Tambahan lagi dengan menarikan tarian Sumazau tersebut, Perdana Menteri setidak-tidaknya menghormati dan memahami kebudayaan serta kesenian orang Sabahan yakni kebudayaan masyarakat Kadazandusun.

Damage has been done dan damage controlnya pula totally mess up. Penulis tersebut berniat jahat untuk memperlekehkan kebudayaan kadazandusun dan Sabahan amnya. Saya petik kenyataan penulis

“Majoriti rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa berminat dengan tarian yang berasal daripada upacara pemujaan semangat padi ini, soal rakyat sabah sukakanya ITU MASALAH MEREKA!”

Kami di Sabah memang tidak ada masalah dengan tarian Sumazau tersebut jadi apa tujuannya penulis berkata sedemikan?

Bagi anda Sabahan, analisa dan nilaikanlah sendiri dari segenap sudut pandang. Terima kasih kepada Saudari Kalsia Matrin (Pelajar Sarjana Ansos, Universiti Malaysia sabah) dan Professor Madya Jacqueline Pugh-Kitingan (Kadazandusun Chair, Universiti Malaysia Sabah). 

Sunday, July 29, 2012

SPACE RACE 2: Sergei Korolev dan Soviet Union




Tahun 1945, Nazi German sedang hebat menerima pukulan kekalahan di benteng Barat dan Timur. Tentera Berikat sedang mara ke pinggir Ibukota Berlin, manakala tentera Soviet kini hanya beberapa ratus meter dari kubu bunker Hitler di Reichstag. Tampaknya, Pihak Soviet bukan sahaja akan memenangi peperangan keatas Nazi Hitler, bahkan mereka sedikit masa sahaja lagi akan boleh menangkap tokoh terkemuka dalam bidang sains roket terkenal, Dr Von Braun.



Hakikat yang memedihkan

Nasib berpihak kepada pihak Berikat bilamana Dr Von Braun beserta pasukan saintis elitnya telah menyerah kepada pihak Berikat. Memaksa pihak Soviet akur dengan kegagalan untuk menangkap Dr. Von Braun merupakan satu kerugian yang paling besar untuk blok komunis. Walaupun begitu Soviet Union masih mempunyai kelebihan iaitu kemudahan dan kilang bagi menghasilkan roket V2 buatan Nazi telah di tawan oleh mereka, bahkan mereka juga Berjaya menawan Peneemunde yang merupakan makmal Dr. Von Braun untuk membangunkan teknologi penjanaan roket semasa perang dunia kedua dahulu.

Namun, siapakah yang akan menerajui pembangunan roket di Soviet Union kerana pihak tentera telah gagal menangkap Dr. Von Braun. Soviet Union, pasca perang dunia kedua tidak mempunyai tokoh saintis yang sangat berkaliber seperti Dr. Von Braun. Kalau adapun semuanya telah mati dihukum oleh NKVD semasa peristiwa penyiasatan besar-besaran di tahun 1938 dahulu. Buntu dengan persoalan itu, pihak tertinggi tentera Soviet merujuk kepada Valentin Glushko yang merupakan seorang ketua biro sains semasa perang dan beliau pula dengan berat hati menyerahkan nama Sergei Korelov sebagai orang yang hanya layak memimpin Soviet Union kearah era teknologi roket.



Kisah Korolev bermula

Sergei Korolev dilahirkan pada 14 Januari 1907 di Ukarine, mendapat pendidikan formal di Odessa Building Training School dimana beliau mengkhusus dalam bidang vokasional. Namun beliau nyata meminati bidang kejuruteraan Areonautikal, mungkin kerana minat beliau ini di dorong hebat apabila melihat persembahan udara semasa beliau masih kanak-kanak di tahun 1913. Lanjutan itu, Korelov mula berjinak-jinak dengan bidang penerbangan selepas menamatkan pengajian vokasional beliau terus menyertai kelab Society of Aviation and Ariel Navigation of Ukraine and Crimea (OAVUK), daripada kelab tersebutlah beliau mengasah bakatnya dalam mereka bentuk pesawat pertamanya iaitu Glider K-5.




Tahun 1924 hingga 1930 adalah detik terpenting buat Korolev dimana beliau mula mengorak langkah dalam merealisasikan cita-citanya sebagai pereka dalam bidang penerbangan. Dalam tahun 1925 beliau Berjaya masuk ke Institut Politeknik Kiev dan seterusnya selang setahun selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Bauman Moscow University. Bermula tahun 1930, Korolev ternyata banyak melibatkan diri dalam aktiviti mereka-bentuk pesawat baru, dibawah pengawasan Andrei Tupolev yang juga merupakan mentor Korolev dalam bidang areonautikal. Namun beliau tidak hanya tertumpu kepada kerja mereka-bentuk pesawat baru semata-mata, minat beliau yang paling dalam ialah teknologi areoangkasa, lebih tepat lagi iaitu Roket.


Korolev semasa mendapat lesen Juruterbang  tahun 1930
Bersama Glider ciptaanya semasa menjadi ahli OAVUK

Korolev menerbangkan Glider beliau


Kerja pertama menjurus kepada roket

Pada tahun 1931, bersama seorang rakan beliau, Zander telah menubuhkan Group for Study Reactive Motion (GIRD). Kerja-kerja Korolev dalam GIRD banyak melibatkan pembangunan dalam teknologi penjanaan roket dan sistem tujahan roket yang mana akhirnya pihak tentera Soviet mula berminat untuk memajukan teknologi sedemikian untuk tujuan ketenteraan.

Dengan dana yang diberikan oleh Tentera, GIRD dapat menjalankan kajian dan penyelidikan bidang roket dengan lebih tersusun, menyedari kepentingan sedemikian, pihak tentera mengambil langkah drastic menggabungkan GIRD dengan agensi penyelidikan yang dipunyai kerajaan iaitu Gas Dynamic Laboratory (GDL). Akibat daripada penggabungan kedua-dua entity ini tertubuhlah Jet Propulsion Research Institute (RNII) dengan Korolev diangkat sebagai penolong ketua dan bertangungjawab memajukan teknologi misil serta roket.

Nasib berubah

Boleh dikatakan kemajuan dalam bidang roket yang dimiliki oleh Soviet Union amat memberangsangkan sehinggakan tiada Negara di dunia semasa itu mampu menandingi teknologi roket yang dimiliki oleh Soviet Union mahupun Nazi German. Dibawah RNII, Korolev banyak menghasilkan penyelidikan dan percubaan roket sehinggalah pada tahun 1938, beliau ditangkap oleh polis rahsia Soviet NKVD berkait kes penyelewengan dana yang diberikan oleh kerajaan Soviet kepada RNII. Yakin bahawa beliau di fitnah oleh rakan sekerjanya iaitu Zander dan Valentin Glushko, Korolev berulangkali merayu kepada pemerintah Soviet malahan kepada Stalin untuk melepaskan beliau. Malangnya, rayuan beliau di tolak dan Korolev dihantar ke penjara Gulag akibat kesalahan yang beliau tidak melakukannya.


Korolev kemudiannya dihantar ke Kolyma, timur Siberia dan sebagai hukumannya, Korolev dipaksa menjalankan kerja-kerja berat yang amat dashyat sehinggakan beliau kehilangan semua gigi beliau dan menghidap demam panas yang agak teruk. Kesusahan hidup semasa menjadi buruh banduan di Gulag dan Kolyma akan memberi kesan yang teruk kepada kesihatan Korolev sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1965.

Kembali menerajui Soviet kearah pembangunan roket

Dengan saranan Valentin Glushko, seorang yang juga menyalahkan Korolev semasa tahun 1938 lalu, maka Korolev dibebaskan selepas perang dan dipertangungjawabkan untuk membimbing dan membangunkan teknologi roket yang telah lama ketinggalan akibat pememjaraan beliau dan perang dunia kedua. Kemasukkan kembali Korolev telah memberikan harapan baru buat Soviet Union dimana mereka memang ketandusan Saintis dan teknologi roket. Walaupun kini, Pihak Amerika Syarikat mempunyai Dr. Von Braun untuk menerajui perlumbaan ke angkasa lepas, Soviet Union juga perlu berbangga dengan Sergei Korolev kerana beliau mempunyai kesungguhan dan semangat luar biasa untuk memajukan teknologi Areoangkasa. Sumbangan beliau ini akan terlihat jelas semasa Soviet Union menerajui perlumbaan dengan pelancaran satelit dan manusia pertama ke angkasa lepas.



Tidak seperti Dr Von Braun, Identiti Korolev anat dirahsiakan oleh Soviet Union sehinggakan pekerja di Biro roket tidak mengenali siapa Korolev dan beliau hanya dirujuk ringkas sebagai Ketua pereka (Chief Designer). Identiti sebenar yang tidak diketahui sehinggalah ke saat kematian beliau dalam tahun 1965. Pada ketika itulah Dr Von Braun mengetahui bahawa pesaing terhebatnya bukanlah ke arah satu Negara, tapi Cuma seorang individu iaitu Sergei Korolev.


Bersambung…
Bahagian ketiga: Persaingan membina dan eksplorasi pertama ke angkasa lepas.   

Monday, July 2, 2012

SPACE RACE (Bhg: 1) Perang Dunia kedua dan Von Braun


Bulan Julai ini merupakan satu bulan yang amat bersejarah kepada peradaban manusia kerana pada 20 Julai 1969 kita berjaya meletakkan manusia ke bulan. Entri SPACE RACE ini adalah merupakan sorotan dan sejarah pencapaian dua orang saintis pelopor iaitu Wernher Von Braun dan Sergei Koreolov. Mereka orang yang bertanggungjawab membawa manusia ke angkasa lepas.

Von Braun, Peenemunde dan Perang Dunia Kedua.



Tahun 1945, Nazi German sedang menghadapi kekalahan terhadap kuasa berikat. Tentera Soviet dan Amerika sedang pantas mara ke Ibu Kota German. Wernher Von Braun, orang yang memajukan dan mencipta roket V1 dan V2 (Vengeance)sedang cuba menyelamatkan rekaan dan blueprint roket beliau di kemudahan penyelidikan yang terletak di Peenemunde
.

Semasa detik peperangan sedang berlangsung,1942-1943 Von Braun adalah antara saintis roket yang paling berkaliber dalam memajukan teknologi roket dan sistem penjanaan roket. Beliau merupakan antara bintang ternama di German semasa peperangan kerana dengan kebijaksanaan dimiliki, beliau dapat mereka, membina dan seterusnya dapat mengawal pembakaran dan penerbangan roket tersebut. Pihak tentera Nazi melalui sayap SS juga amat teruja dalam membangunkan teknologi roket ini untuk tujuan peperangan. Nazi berharap roket-roket yang di bina oleh Von Braun dapat menghantar bom dan peledak ke England seterusnya menghancurkan empayar dan semangat orang Englang. Oleh yang demikian, Von Braun terpaksa mengikut arahan dari Hitler bagi memajukan roket untuk tujuan peperangan. Pihak Berikat disatu sudut amat terkejut dan terpesona dengan teknologi roket yang dimiliki oleh Nazi. Pada masa itu juga Amerika dan British tidak mempunyai sebarang pengetahuan malah saintis yang boleh membina roket sedemikian.

Pihak berikat masih optimistik bahawa peperangan teresbut akan dimenangi dengan cara yang konvensional. menggunakan pesawat udara dan altileri untuk menghancurkan German. Bagaimanapun dengan adanya roket V1 dan V2 telah sedikit sebanyak menggugat kemampuan kuasa Berikat dalam kemajuan teknologi ketenteraan. Von Braun dan Nazi German terpaksa menerima hakikat bahawa mereka sedang menghadapi kekalahan disetiap perbatasan. Bulan April 1945, tentera Soviet kini hanya berada 160 km ke kemudahan penyelidikan di Peenemunde, Von Braun diarahkan untuk berpindah ke Berlin dan meneruskan penyelidikanya. Namun pada bulan Mei 1945, German akhirnya menyerah kalah kepada Kuasa Berikat. Von Braun dan para pasukan saintis beliau yang ditahan oleh askar Nazi SS, telah berjaya melarikan diri daripada dibunuh oleh Askar SS.

Amerika atau Soviet Union
Von Braun bimbang jika teknologi roket yang dimiliki oleh beliau akan jatuh ke tangan soviet. Beliau khuatir jika kumpulan mereka ditangkap oleh Soviet maka segala teknologi dan kemahiran yang dimiliki oleh kumpulan beliau akan digunakan olen Stalin bagi mencipta bom Nuklear yang amat dashyat, bahkan beliau juga bimbang Soviet akan menjadikan mereka hamba dan tahanan jika mereka menyerah kepada Soviet. Oleh itu, Amerika menjadi pilihan. Pada 02 Mei 1945, Von Braun dan kumpulan saintis beliau telah menyerah kepada pihak Amerika dan dengan ini, Amerika Syarikat telah mempunyai saintis terbaik German yang boleh membantu mereka dalam pembangunan teknologi roket dan angkasa lepas.



"Operation Paperclip"
Selepas sahaja ditangkap oleh tentera Amerika, Kumpulan Saintis Von Braun telah disoal siasat oleh bahagian perisikan tentera Amerika. Kerja-kerja penggumpulan data dan soal siasat telah dilakukan secara sulit rentetan Tentera Amerika bimbang jika pihak Soviet mengetahui mereka telah mempunyai Von Braun kerana pihak soviet juga amat berkehendakkan Von Braun. Pada 20 Jun 1945, Kumpulan Von Braun telah berjaya dibawa keluar daripada German untuk ke Amerika Syarikat. Detik tersebutlah yang menandakan bahawa Von Braun terlibat secara rasmi dengan perlumbaan ke angkasa lepas dan meletakkan manusia pertama dibulan pada 20 Julai 1969.



Bersambung dalam bahagian kedua "SPACE RACE" (Bhg: 2)Sergei Koreolov dan Soviet Union

Tuesday, May 22, 2012

Debat PTPTN Khairy VS Rafizi. Torehan penyelesaian?

Saya terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai dengan rancangan debat yang berlangsung semalam (22/05/2012) antara Pengarah Strategi PKR, Encik Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno YB Khairy Jamaluddin. Kedua-dua pendebat tersebut amat konsisten dan berkredibiliti dalam menyampaikan fakta dan hujahan masing-masing. Ternyata YB Khairy telah mempesonakan saya dengan hujan konsisten dan matap beliau mengenai dengan penyusunan fakta-fakta angka yang tentu sahaja boleh merobohkan hujahan lawan dari pihak Rafizi Ramli yang hanya secara konsisten menegakkan Pnedidikan percuma, kebolehupayaan kerajaan negeri dan yang paling penting sekali Petronas. He...he...he...
Ayat simbolik Rafizi ialah "Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih"
Saya bukan nak rumuskan perdebatan mereka semalam namun artikel ini ditulis sebagai reaksi peribadi saya terhadap perjuangan pendiidikan percuma yang disorakkan olen Pakatan Rakyat. Sebab apa? saya juga merupakan antara ribuan peminjam PTPTN yang masih membayar hutang tertunggak kepada perbadanan tersebut. Baiklah, saya cuma memecahkan beberapa isu yang menjadi persoalan saya berikutan dengan debat PTPTN Khairy VS Rafizi ini. Pendidikan Percuma untuk semua? Apakah Kerajaan Barisan Nasional sekarang tidak menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat? apakah pendidikan diperingkat rendah dan menengah tersebut bukannya pendidikan? adakah yuran yang ditanggung oleh keluarga hanya untuk menyekolahkan anak-anak mereka mencecah ratusan ringgit sebulan? hal ini anda perlu ambil fakta dan situasinya. Pinjaman buku teks diberikan secara percuma kepada pelajar yang tak berkemampuan. Sedaya upaya kerajaan cuba mengurangkan bebanan perbelanjaan persekolahan keluarga melalui dengan bantuan sedemikian. Buku tulis dan peralatan stationery memanglah ditampung oleh keluarga namun berapa besar sangatlah perbelanjaan tersebut, kini kerajaan bagi lagi RM 200 untuk seorang murid untuk mengurangkan beban bagi membeli kelengkapan persekolahan mereka. Apakah tidak ada "Percuma" itu?
Ya, itu hanya untuk sekolah Rendah dan Menengah. Bagi pembiayaan tertiary pula kos yang ditampung oleh mahasiswa untuk memasuki ke IPTA/IPTS mula menampakkan kenaikkan yang signifikan. Memang begitulah halnya kan? semakin tinggi kita belajar semakinlah banyak tanggungjawab dan bebanan yang perlu kita tempuhi. Kata seorang pensyarah saya semasa di UMS dahulu, you must need something to gain something. Soalnya pendidikan sehingga ke Menengah itu diberikan secara percuma bagi menyemarakkan semangat "setiap manusia berhak mendapat pendidikan yang sempurna" namun apabila kita sampai ke pendidikan atasan iaitu IPTA/IPTS segalanya perlu dibayar dan ditanggung oleh kita sendiri kerana cita-cita dan ilmu mendalam yang dikejar itu perlu ada imbalan dan pelaburannya iaitu WANG. Itu kos wang, cuba kita perhalusi kos sosial seterusnya kos sosiologinya, apabila pendidikan peringkat tinggi secara percuma diberikan kepada rakyat massa, kemasukkan akan menjadi mudah, akses kepada pendidikan akan menjadi senang, semuanya akan menjadi cerdik pandai kelak. Ya itu keterangan dari serorang yang logikal la kan? klau praktikalnya? bila semua sudah menjadi senang-lenang maka semua perkara pun akan diambil secara senang lenang oleh pelajar la kan? kiranya hanya mengambil enteng sahaja. "Pendidikan tinggi sudah jadi percuma oleh itu buat apa saya nak belajar bersungguh-sungguh lagi, tinggi atau rendah PNGK saya tetap juga dapat ijazah, tetap juga bergelar mahasiswa" kan? he...he...he... Unjuran dari kenyataan diatas tersebut, impak hasil dari pengenalan pendidikan percuma itu akan mewujudkan senario lambakkan graduan yang sungguh banyak sekali kerana semua akses kepada pendidikan tersebut suda tak terhalang lagi. Cuba bayangkan situasi ini, "jika 1000 orang layak untuk memasuki temuduga, proses saringan awal tak dijalankan kerana 1000 orang tersebut mempunyai ijazah, oleh itu penemuduga mempunyai tugas yang maha besar sekali untuk menemuduga 1000 orang tersebut". Saya beranggapan bahawa sesampainya kita ke peringkat pengajian tinggi, kualiti perlu diambil kira daripada kuantiti. Ya, setiap manusia perlu mendapatkan pendidikan percuma tetapi bagaimana pendidikan percuma itu perlu dilaksanakan dengan mengimbangi kesan dampak faktor sosial, ekonomi dan politik. Adakah Malaysia bersedia untuk memberikan pendidikan percuma sehingga ke Universiti kepada rakyat dikala kita masih lagi terkial-kial untuk menggerakkan aktiviti ekonomi dan pembangunan negara. Ingat, kita masih lagi negara sedang membangun dan bukannya negara maju seperti kelompok negara Scandinavia, USA ataupun United Kingdom (UK sehingga kini pun tidak memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya). Oleh itu kita perlu menggembling tenaga bekerja keras untuk negara bagi meningkatkan ekonomi dan sesudah itu barulah kita pertimbangkan lagi cadangan tersebut.
"Pendidikan tinggi adalah sesuatu yang perlu kita kejar, bukannya disuapkan semata" Konlusi dan harapan. Sebagai salah seorang peminjam PTPTN saya ingin merayu kepada pihak PTPTN supaya menghapuskan kos pentadbiran sedia ada ataupu jikalau boleh gantikan dengan mekanisme model yang lebih baik supaya kami turut sama mendapat manafaatnya.Saya maksudkan imbangan antara hutang dan interest (bunga) tersebut perlu berada didalam kadar saksama bagi menguntungkan kedua belah pihak PTPTN dan peminjam. Saya faham masih ramai lagi peminjam PTPTN yang belum mendapat pekerjaan atau hanya mendapat kerja yang cukup makan sahaja. PTPTN juga mencari mekanisme penyelesaian yang tuntas berkenaan dengan cara bayaran balik pinjaman, bagi yang membayar melalui bank, adakalanya kami dikenakan komisyen sehingga RM2.00 per transaksi. PTPTN harus mencari perkakasan yang jitu setidak-tidaknya untuk mengurangkan bebanan komisyen yang perlu dibayar oleh peminjam seperti kami. "Mansuh PTPTN?" IDEALISME "Penambahbaikan PTPTN?" PRAKTIKALISME

Wednesday, March 7, 2012

Marx, Stalin dan Hitler. Kenapa bunuh itu perlu?

Perang dunia kedua telah lama berlalu, namun impak dan perubahan landskap politik semenjak berakhirnya perang dunia kedua ini banyak mempengaruhi sosiopolitik dunia sehingga ke hari ini. Sempena memperingati kejatuhan Nazi German pada bulan Mac 1945, Elokklah kita melihat ideologi dan teori yang difikirkan oleh kedua pemimpin ini sehingga menyumbang kearah katastrophi peperangan.



Idea Komunisme
Lenin (pengasas awal idea Komunisme semasa Revolusi Russia 1918) amat terpengaruh hebat dengan ajaran Karl Marx. Lenin menekankan idea tentang perbezaan kelas membawa pergolakan dalam kelas. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, sebilangan orang atau masyarakat perlu dihapuskan. dalam ertikata lainnya ianya membawa kepada Social Engineering dan social structure. bagaimana ianya dicapai? 10% daripada populasi yang dipilih akan dibunuh dan ini akan memudahkan social engineering. 10% ini dipilih secara selected propotion dari kalangan aristokrat dan kapitalis. Lenin dan terkemudianya Joseph Stalin telah menurut ideologi ini dan hasilnya lebih dari 5 juta penduduk di wilayah Aral dan Ukranie, Soviet Russia telah mati akibat kebuluran pada tahun 1933-34







Soviet Russia menerusi Lenin dan Stalin juga menekankan bahawa kapitalism yang dibawa oleh negara Barat akan menyebabkan penyakit sosial. Kenapa? kerana individu dan masyarakat akan saling bertelagah dan cabar mencabar untuk mendapatkan sumber dan kuasa yang disediakan oleh kapitalis. Bagi mencapai matlamat ini, Soviet Russia mengharamkan pemilikan harta individu, memiliknegarakan harta dan mengharamkan anutan agama. ini semua membawa kepada social engineering. Soviet berharap hasil daripada social engineering ini akan menghasilkan manusia yang baru (New man: Think, look, act differently)

Idea Fasisme
Seperti mana yang anda ketahui, Adolf Hitler juga menggunakan mekanisme pembunuhan sebagai satu cara untuk membentuk semula masyarakat baru. Hitler menerusi idea NAZI (National Socialism)mula menekankan hebat ideologi fasisime dalam minda segenap masyarakat di German semenjak parti NAZI memegang pemerintahan pada tahun 1927. Hitler beranggapan bahawa kaum Yahudi adalah punca penyakit sosial yang dihadapi oleh German sejak kalah didalam perang dunia pertama. Dendam Hitler kepada pegawai tentera German yang berbangsa Yahudi juga menjadi perdebatan utama kenapa beliau amat memusuhi bangsa Yahudi. Hitler menekankan bahawa National Socialism yang dipelopori oleh beliau akan membawa kepada 100% bangsa Aryan tulen di German dan Yahudi semuanya akan dibunuh.



Semasa perang dunia kedua, pembunuhan Yahudi beramai-ramai telah dinamakan sebagai Holocaust. kesemua parasit bagsa ini mesti dihapuskan dan oleh yang demikian banyak kem-kem pembuhuhan umpamanya di Dachau telah dibina bagi menghapuskan kaum Yahudi tersebut. Semua ini dilaksanakan oleh Hitler kerana beliau mahu membina New World Order untuk UTOPIA. dan oleh yang demikian, sesetengah kumpulan masyarakat perlu dihapuskan.

BUNUH: Persamaan antara Fasis dan Komunisme
Kedua-dua ideologi ini menggunakan instrumentasi pembunuhan bagi mencapai objektif mereka.
Hitler: Membunuh mengikut kaum dan nationality (Yahudi)
Soviet (Lenin dan Stalin): Membunuh mengikut kategori kelas (Kapitalist)
Bunuh ini dilaksanakan untuk mencapai satu bangsa yang baru, segar dan dikontruksikan untuk mengikut ideologi-ideologi. Dalam ertikata lainnya, masyarakat baru ini umpama seperti Robot.

Kenapa Perlu membunuh?
Mengikut perspektif Konflik (Karl Marx, 1849) Perang antara kelas akan mewujudkan masyarakat primitif iaitu bangsa Irish, Serb yang secara terang terangan dikatakan oleh beliau sebagai sampah masyarakat. Marx berpendapat bahawa bangsa ini tidak boleh direvolusikan dan disatukan kedalam masyarakat moden. Pembunuhan tidak dapat dielakkan, bagi mencapai objektif tersebut marx kemudiannya menjelaskan mereka yang dibunuh dalam kalangan bangsa ini perlu dipilih secara spesifik berdasarkan kategori kelas (Borjuis)

pembunuhan segolongan masyarakat akan mencetuskan social engineering dan ianya dilaksanakan adalah untuk menstrukturkan semula masyarakat.



Kenapa pembunuhan itu tidak dianggap sebagai jenayah? kerana ianya akan menyediakan landasan yang baik untuk masyarakat bergerak ke depan, kearah satu kemajuan dan masyarakat yang lebih bertamadun.

Tuesday, December 6, 2011

Feri: Galang ganti Jambatan Labuan

Tidak mengapa, Feri masih ada...


Pembatalan projek jambatan yang menghubungkan Pulau Labuan dengan Menumbuk, Sabah bukanlah satu ultimatum akhir bagi penduduk Labuan untuk bermobiliti ke tanah besar Sabah. Sebagaimana yang diterangkan dalam bahagian blog saya yang terdahulu, terdapat pelbagai aspek yang menghalang jambatan ini dibina pada masa sekarang. Namun, kerajaan pusat tidak boleh mengambil enteng dan tidak mempedulikan langsung nasib rakyat Labuan kerana kita adalah penduduk Wilayah Persekutuan Malaysia yang diperintah secara langsung oleh Kerajaan Pusat. Pihak pemerintah tidak mahu berbuat sesuatu dengan masalah sekurun lamanya ini?


(Wilayah Persekutan Labuan kepunyaan kerajaan Pusat)

Pembatalan jambatan memang mengguris hati kebanyakkan rakyat Labuan yang inginkan satu kemudahan perjalanan yang selesa ke tanah besar Sabah, apalagi golongan opportunis, semuanya kecewa gara-gara jambatan dibatalkan. Sungguhpun demikian, kita masih mempunyai perkhidmatan Feri kenderaan, Feri penumpang dan Bot Laju (Speedboat) yang tersedia kini. Masalahnya kita perlu mencari satu pendekatan baharu bagi memastikan perkhidmatan tersedia ini masih relevan dan kompetitif untuk 40 tahun akan datang, setidak-tidaknya sebelum projek jambatan ini boleh direalisasikan kelak.

Tan Sri Muhyiuddin Yassin (TPM) semasa kunjunganya ke Labuan pada akhir November 2011 menyatakan satu kajian akan di lakukan bagi mengkaji keberkesanan sistem Feri penumpang yang menghubungkan Labuan dan Sabah. Sejauhmana emperikal kajian itu dilaksanakan saya tidak mengetahuinya, dan saya tidak bersangkutan dengan kajian sedemikian.

Masalahnya sekarang ialah permintaan yang mendesak keatas perkhidmatan Feri Kenderaan dan isu inilah yang akan saya ketengahkan. Umum tahu, kenderaan memudahkan mobiliti seseorang untuk bergerak, Feri penumpang pula ialah satu perkakas bagi mengangkut kenderaan ini diatas laut. Semenjak tahun 2003, aliran keluar masuk kenderaan dari Labuan ke Menumbuk meningkat pada kadar yang mengkagumkan iaitu sebanyak 200%. Hal ini berlaku kerana Labuan Feri Corp pada tahun 2003 telah membeli Feri Wawasan Perdana (Nama asal: Incheon) yang boleh memuatkan kapasiti kenderaan yang banyak. Itu faktanya, dan justifikasinya jika terdapat penawaran maka terdapatlah permintaan banyak untuk perkidmatan ini. Saya akan pecahkan kepada beberapa poin-poin bagaimana kita boleh mengefisienkan atau menambahbaik perkidmatan Feri ini.


(Feri Wawasan Perdana sedang berlabuh di Pelabuhan Menumbuk)

Melabur dalam Vessel fleet yang baru
Lanjutan dari penerangan saya diatas, Labuan Ferry Corp (LFC) sebolehnya menggunakan sedikit monopoli yang dimiliki oleh mereka untuk membeli Feri yang baru. Feri Wawasan perdana yang semakin using tidak dapat lagi menampung jumlah perjalanan dan penumpang yang semakin hari semakin bertambah. Sekarang ini fleet LFC hanya ada 2 buah kapal iaitu WP (Main ship) dan sebuah kapal RO-RO yang sudah usang namun di Refurbished semula iaitu Warisan Perdana (WAP). Namun kedua-dua kapal ini masih belum mencukupi bagi permintaan mengangkut kenderaan dari kedua-dua destinasi tersebut.

LFC seperlunya patut melabur untuk membeli aset feri yang efisen kerana kelak ianya juga akan mendatangkan margin keuntungan yang besar buat LFC, Spesifikasi feri yang diperlukan ialah efisien dalam penggunaan bahan bakar, menggunakan teknologi terkini dan yang paling penting fleet tersebut tidak terlalu besar bagi digunakan dalam segmen kenderaan persendirian. Ini untuk menambahkan kadar turnout time.
LFC sepatutnya mempunyai rancangan atau projected future plan untuk membeli sebuah Feri yang baru bagi menggantikan atau setidak-tidaknya digunakan sebagai backup seandainya vessel utama menghadapi kerosakkan. Masih ingatkah anda di tahun 2007 apabila feri WP di tunda kapal tugboat?

Tambahkan Frekuensi perjalanan
Penduduk Labuan yang ingin keluar dari Labuan menggunakan kenderaan sendiri bukanlah setiap hari bilangannya sentiasa tinggi. Ada masa bilangannya sedikit dan pada musim puncak pula pengguna bertambah ramai. Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah LFC perlu menambahkan kekerapan julat pelayaran bagi memastikan perkhidmatan ini sentiasa tersedia bagi pelanggan, lebih-lebih lagi semasa musim puncak. Ya, ianya telahpun dilaksanakan oleh LFC apabila tiba musim perayaan atau cuti sekolah namun apa yang saya maksudkan dalam poin ini ialah, penambahan frekuensi pelayaran itu boleh dicapai menggunakan feri-feri yang kecil (contohnya seperti Feri Harapan, yang dimiliki oleh Datuk Hj Suhaili dahulu) seterusnya boleh menambahkan kadar efisien dalam perkhidmatan ini.

Bagaimana ianya boleh dijayakan? Jika Feri WP yang berkapasiti besar digunakan untuk berulang alik dari Labuan ke Menumbuk sebanyak 10 kali dalam sehari, mungkin hanya 4-5 trip sahaja yang penuh, maka ianya akan tidak menjadi efisien kepada LFC dari segi ekonomi dan kos operasinya. Tambahan pula ianya memberi bebanan yang besar buat Feri WS dan kakitangannya. Jika julat atau kekerapan tersebut dibahagikan kepada feri-feri kecil yang belayar, mungkin berkapasiti 50-100 buah kenderaan menjadikan kadar efisien perlayaran menaik. Ini adalah kerana Feri kecil menggunakan bahan bakar yang kurang berbanding feri besar, feri kecil juga amat pantas merentasi laut membolahkan masa bolak-balik pelayaran (turnout time) antara Labuan dan Menumbuk akan dapat dikurangkan kepada 50 minit sahaja, dan seharusnya LFC sedar bahawa turnout time yang pantas ini membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat ganda. LFC hanya perlu mempunyai 2 buah sahaja feri baharu ini bagi menjadikan perkhidmatan feri Labuan – Menumbuk menjadi cekap.


(hanya Wawasan Perdana sahaja yang merupakan Mothership LFC)

Pecahkan segmen
Lazimnya terdapat dua segmentasi penting dalam perkhidmatan feri ini selain daripada mengangkut penumpang iaitu segmen kenderaan penumpang dan kenderaan komersil. Kenderaan penumpang boleh dikalsifikasikan kepada Kereta sehinggalah Bas persiaran manakala kenderaan komersil ialah kenderaan yang membawa muatan perdagangan iaitu trak, lori, treler atau kenderaan yang panjang / besar. Pada masa kini, kedua-dua segmen ini digabungkan bersama lantaran LFC tidak mempunyai fleet atau vessel yang mencukupi, ianya berkaitan juga dengan memudahkan pengurusan kenderaan dan feri. Namun jika segmen ini dipecahkan, maka pengguna penumpang dan pengguna perdagangan masing-masing akan mendapat manafaatnya.

Bagaimana? Khaskan sebuah feri bagi mengangkut muatan kenderaan penumpang dan khaskan sebuah lagi bagi mengangkut kenderaan perdagangan. Umum mengetahui bahawa kenderaann komersil ini memakan ruang yang amat besar, maka ianya menimbulkan persaingan antara kenderaan penumpang dan komersil, jika berlaku pada musim perayaan tentu sahaja akibatnya bertambah buruk kerana permintaan bagi kenderaan penumpang untuk menaiki feri amat banyak berbanding kenderaan komersil. Kecekapan yang boleh dicapai oleh LFC adalah dari sistem tempahan dan sistem turnout time nya. Feri kenderaan yang mengangkut kenderaan penumpang akan mendapat turnout time yang pantas kerana kenderaan berat dan besar tidak mengikuti pelayaran. Ianya akan menguntungkan penumpang. LFC juga akan mendapat manafaat dari sistem tempahan, yakni jika kenderaan komersil banyak mengikuti pelayaran pada hari tertentu, LFC boleh menggunakan feri WP nya utuk mengangkut kesemua muatan kenderaan komersilnya. Dalam ertikata yang lain, LFC boleh mengatur perjalanan setiap ferinya melalui segmen-segmen ini dengan lebih efisien. LFC juga boleh menggunakan Feri khas untuk mengangkut kenderaan bermuatan kormesil mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam ertikata yang lain, bagi mengelak kesesakan semasa di pelabuhan, LFC boleh menjadualkan masa pelayaran untuk kenderaan komersil di waktu malam. Justeru, LFC secara harifahnya menambahkan kecekapan dan keefisienan kos operasinya keatas kedua-dua segmen yang dinyatakan. Hal ini berlaku kerana segmen kenderaan penumpang dan segmen kenderaan kormesil telah dibahagikan.


(Feri RO-RO Catamaran boleh digunakan untuk sebagai perkakas bagi segmen kenderaan penumpang)

Membina kompleks terminal baru
Semenjak perkhidmatan feri masih dijalankan oleh kerajaan Sabah pada tahun 1980 sehingga kini, bangunan terminal feri masih berada dilokasi yang sama iaitu di belakang bangunan Jabatan Laut. Memanglah memudahkan penumpang kerana terminal ini terletak dikawasan Bandar Labuan, tetapi dari aspek strategiknya, terminal Feri Kenderaan Labuan ini tidak lagi relevan untuk perancangan Bandar Labuan di masa akan datang. Kesesakkan lalu-lintas semasa proses unloading vehicle memang kesan buruk kepada laluan masuk ke Bandar. Tambahan lagi kawasan letak kereta atau Loading bay area tidak terdapat di kawasan sekitar terminal. Perbadanan Labuan atau pihak berwajib patut memperhalusi isu ini dan perlu berusaha bagi memindahkan kompleks terminal ini ke satu tempat yang lebih strategik.


(Kesesakkan yang berlaku di sepanjang jalan menghala ke bulatan bandar)

State-run ferries
Antara kesemua poin yang saya sentuh disini, poin inilah yang paling penting untuk saya bahaskan. Umum kita ketahui bahawa sebelum ini Perkhidmatan Feri kenderaan dikendalikan oleh Kerajaan Sabah melalui jabatan Laut Negeri sabah, kemudiannya perkhidmatan ini diswastakan kepada Labuan Ferry Corporation (LFC) yang dimiliki oleh Encik Peter Kong Ping Sen, LFC menjalankan perkhidmatan Feri ini dengan sebaiknya, malahan LFC juga melabur dalam membeli kapal Wawasan Perdana (sebuah Feri RO-RO) yang lebih besar dari Feri RO-RO MV Rancha-Rancha dan MV Mempakul. LFC juga menggunakan sistem tempahan berkomputer untuk melicinkan operasinya.



Namun semua penambahbaikan ini tidak dapat dibendung oleh rasa kekecewaan rakyat Labuan memaksa kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah akur mengeluarkan lesen hak pendaratan untuk syarikat lain mengambil peluang menjalankan operasi feri pada tahun 2011. Syarikat yang mendapat lesen dan hak pendaratan tersebut ialah ISRO Shipping (menjalankan perkidmatan feri penumpang), Labuan Mainland Link (Labuan) dan Juta Bonus (Sabah). Sehingga kini, Kedua-dua syarikat terbabit gagal menyediakan perkidmatan feri mereka lantaran tidak mendapat kelulusan dari kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia kerana syarikat tersebut bercadang menggunakan Landing Craft dan bukannya Roll On – Roll Off ferries. Kenapa syarikat ini mahu menggunakan Landing Craft? Sebab ianya lebih murah berbanding kapal RO-RO. Jabatan Laut pula bertegas untuk melarang daripada operator tersebut menggunakan Landing Craft kerana ianya merbahaya bagi digunakan untuk tujuan pengangkutan laut.

Perbadanan Labuan sebagai pemerintah WP Labuan perlu melihat perkara ini sebagai peluang untuk mempercekapkan dan memilik negerikan perkhidmatan feri Labuan. Memilik ngerikan perkhidmatan feri tidak seharusnya dipandang negatif kerana ianya akan menguntungkan PL, LFC dan penduduk Labuan itu sendiri. Seharusnya PL juga perlu menubuhkan satu anak syarikat yang berfungsi bagi menjalankan perkhidmatan feri antara Labuan dan Menumbuk. Kajian kes di Hawaii (2009-2011: Hawaii Superferry) membuktikan bahawa kerajaan boleh dan mempunyai kuasa dari segi legistatif serta modal untuk menjalankan perkhidmatan feri. Seharusnya dengan pembatalan projek jambatan Labuan, PL mengambil peluang ini untuk melobi kerajaan pusat bagi menyediakan dana untuk menubuhkan perkidmatan feri yang dikendalikan oleh kerajaan sendiri. Tidakkah ianya menguntungkan rakyat? Kos RM 3 Billion itu boleh dikecilkan kepada hanya berjuta sahaja untuk membeli kapal RO-RO dan menubuhkan syarikat. Market Segment sudah saya nyatakan diatas dan terpulanglah kepada PL untuk memilih segmen mana yang mereka rasa akan mendapat keuntungan.

Segala poin-poin sudah saya nyatakan. Intipatinya LFC perlu melihat poin-poin diatas sebagai satu cara untuk mempercekapkan perkhidmatan mereka. Segmen feri penumpang ini terbuka luas untuk keuntungan, sebelum projek Jambatan Labuan – Menumbuk akhirnya dapat direalisasikan.

Kredit Foto: http://mylifeintheanchorage.wordpress.com

Wednesday, October 26, 2011

Kajian Kes: Signifikan jambatan Labuan dan jambatan Pulau Pinang

Sepertimana yang diketahui, Pulau Pinang sudahpun mempunyai jambatan kedua yang akan siap seawalnya dalam tahun 2013 kelak. Sebelum ini pun Pulau Pinang telah mempunyai satu jambatan yang dibina pada tahun 1984. Bagaimana pula dengan WP Labuan yang terletak di timur Malaysia?

Dalam tahun 2007, terdapat pertimbangan dari pentadbiran kerajaan untuk membina satu jambatan menghubungkan WP Labuan ke Menumbok (Sabah) namun ianya tidak dapat direalisasikan berikutan beberapa faktor dan rasanya faktor inilah yang cuba saya kupas secara kritis dalam penulisan saya seterusnya. Melalui kapasiti saya sebagai penduduk asal WP Labuan, saya cuba menerangkan beberapa poin signifikan kenapa projek jambatan WP Labuan ini mengalami kebuntuan atau kegagalan.




Dalam menjawab faktor "mengapa" saya cuba membandingkan Pulau Labuan dan Pulau Pinang dengan beasaskan beberapa poin-poin yang akan saya terjemahkan dibawah.

Faktor sejarah dan kedudukan geografi

Pihak British sememangnya mengetahui kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan utama yang menghubungkan Barat dan Asia Tenggara. Bertitik tolak dari perjanjian Pangkor 1874 yang ditandatangani oleh Sultan Perak dan penjajah British, Sir Andrew Clarke telah menetapkan takdir Pulau Pinang diletakkan dibawah naungan British. Sebolehnya pihak British ingin memajukan Pulau Pinang yang pada ketika itu cuma sebuah tempat persinggahan kapal-kapal dagang untuk dijadikan sebuah pelabuhan yang pesat. Faktor geografi Pulau Pinang yang strategik juga merupakan pemacu bagi pembangunan Pulau Pinang semenjak tahun 1800 hingga awal kemerdekaan tanah Melayu dalam tahun 1957. Dalam ertikata yang lain, kedudukan geografi serta pengaruh British yang pernah ada di Pulau Pinang meletakkan ianya di landasan yang selesa untuk membangun.

Pulau Labuan pula merupakan naungan empayar kerajaan Brunei dibawah pemerintahan monarki sultan. Umum mengetahui, Sultan Brunei mempunyai hubungan yang rapat dengan kerajaan British baik dari segi ekonomi dan pemerintahan. Pula Labuan pada asalnya hanya sebuah pulau persinggahan bagi kapal-kapal dagang untuk memasuki teluk Brunei. Dikatakan Pulau Labuan pada ketika itu (sebelum 1846) merupakan tempat pesembunyian lanun-lanun. Tahun 1846, British secara rasminya telah mengambil pulau Labuan sebagai koloninya. ini adalah untuk memudahkan British menentang lanun namun matlamat utamanya adalah untuk mengambil sumber asli pulau Labuan yang kaya dengan arang batu (Coal), penting bagi pihak British untuk dijadikan bahan api bagi melayarkan kapal-kapal stim mereka. Sejak itu beberapa kemajuan telah dilaksanakan oleh pihak British untuk kepentingan mereka sahaja sebagai contoh pembinaan landasan keretapi dari Coal Point ke pelabuhan hanya sepanjang 15 KM sahaja. Selepas perang dan pendudukan British Military Administration, Pulau Labuan tidak banyak membangun.

Populasi

Pulau Pinang: 1,520, 143 Juta orang
Pulau Labuan: 85, 272 Ribu orang
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)
Tentu sahaja dengan projeksi populasi ini meletakkan Pulau Pinang sebagai Pulau yang perlu dimajukan kerana ada potensi dari segi populasi disitu. Manakala di Pulau Labuan, populasi penduduk masih rendah, hal ini menjurus kepada teori ekonomi klasik yang menyatakan bahawa populasi penggerak kepada ekonomi sesebuah tempat. Semenjak tahun 2006 populasi Pulau Pinang telah berganda dari tidak sampai 1 juta orang kepada lebih sejuta orang ditahun 2010, seterusnya mengangkat taraf Pulau Pinang sebagai bandaraya.

Aktiviti ekonomi

Pulau pinang menduduki tangga keenam dalam senarai aktiviti perekonomian negara berbading Pulau Labuan yang menduduki tangga tercorot dalam senarai (Rujuk senarai dibawah)


(Sumber: Wikipedia (Pulau Pinang)

Umum mengetahui bahawa Pulau Pinang merupakan pusat bagi sektor perkilangan di utara semenanjung Malaysia. Atas dasar dan polisi kerajaan yang lalu telah meletakkan Pulau Pinang sebagai pusat perkilangan dan pembuatan. Intel Corp, sebuah syarikat pembuatan cip semiconductor telah bertapak di pulau Pinang semenjak dari tahun 1970an lagi. beberapa entiti perkilangan yang besar sepeti Sony, Matsushita corp, Seagate technology dan beberapa syarikat gergasi lainnya telah membuka kilang dan beroperasi di Pulau Pinang. Bila ada permintaan di situ terdapat keperluan mendesak untuk membina jambtan dan demikianlah jambatan Pulau Pinang dibina pada tahun 1984. Kadar pembangunan pesat di Pulau pinang menjadikan keperluan untuk jambatan kedua mendesak akibat peningkatan trafik kenderaan dan mobiliti penduduk. Justeru, aktiviti ekonomi dan pelaburan yang pesat di Pulau Pinang merupakan satu faktor mutlak untuk pembinaan Jambatan pertama dan kedua tersebut.


(GDP Growth by state. Perhatikan Pulau Pinang dan WP Labuan)

Labuan sepertimana yang kita ketahui hanya bersandarkan kepada aktiviti perkhidmatan dan industri Minyak & gas. IOFC yang merupakan nadi pertumbuhan pelaburan di Pulau Labuan telah sedikit sebanyak membantu mempopularkan Pulau Labuan dimata dunia dalam tahun 1990an. Industri Minyak & gas pula adalah aktiviti perindustrian utama di Pulau ini yeng menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Labuan. Namun fungsinya hanya sekadar disitu sahaja.

Adakah Jambatan Labuan berfungsi dari sudut ekonomi?

Jawapannya sementiya YA, namun hanya didasari oleh faktor mobiliti penduduk, keperluan seseorang individu untuk bergerak bebas dari poin A ke Poin B. tidak lebih daripada itu. Buat masa ini industri yang merupakan nadi utama aktiviti ekonomi Labuan tidak melihat Jambatan Labuan sebagai salah satu alat yang penting bagi mereka. Industri Minyak & gas bergantung sepenuhnya kepada kapal-kapal (service vessel) mereka untuk beroperasi. Jika mahu dibina jambatan pun, mungkin jambatan dari Miri atau Brunei ke Labuan barulah dianggap signifikan oleh industri ini.


(Jambatan Shanghai Donghai, lebih panjang dari jambatan Pulau Pinang dan rancangan jambatan Labuan-Menumbok)

Oleh yang demikian, kerajaan melihat belum ada keperluan untuk membina Jambatan menghubungkan WP Labuan ke Sabah kerana peranan "perhubungan" tersebut masih boleh ditampung oleh perkhidmatan feri kenderaan yang dikendalikan oleh Labuan Ferry Corporation Sdn. Bhd. bagi penumpang pula, perkhidmatan Feri laju (Ekpress) Labuan ke Kota Kinabalu masih boleh menyediakan keperluan yang secukupnya untuk penduduk Labuan bermobiliti.

Dari sudut Pelaburan dan ekonomi industri mainyak dan gas tidak berkehendakkan jambatan dari Labuan ke Menumbok sebaliknya mereka menggunakan kapal-kapal mereka sendiri untuk menjalankan operasi.

Status Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (duty free) mungkin akan terjejas rentetan jika jambatan dibina. hal ini adalah kerana terdapat kontra dari aspek perundangan dan polisi kerajaan. Kerajaan juga perlu memperuntukkan dana yang besar bagi membina kompleks pemeriksaan kastam kalau jambatan tersebut dibina.

Poin-poin diatas adalah merupakan pandangan peribadi saya sebagai sarjana muda dalam bidang sosiologi dan bukannya meliputi pandangan kerajaan dan pasukan penyelidik yang telah dilantik. Namun ianya amat ideal bagi kita untuk sama-sama memikirkan kenapa Jambatan Labuan ini tidak dapat dibina dalam masa terdekat.